FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

WEDED BLISS

Daisypath Anniversary tickers

OUR GIRL

Lilypie Second Birthday tickers

OUR BOY

Lilypie First Birthday tickers

EL TIGRE (TIGRA)

PitaPata Cat tickers

Friday, September 18, 2009

Menjelang Hari Raya..

Salam Aidilfitri buat semua pembaca..
Sigh! itulah yang dpt aku luahkan.. aku letih, penat.. tapi masih cuba untuk entertain rakan2 bloggerku utk kali ini..
Aku bertolak pulang ke Kedah dari Kuala Lumpur tengah hari tadi.. Bas pukul 1 petang.. Transnasional Double Decker.. hihi.. this is my 2nd time naik double deck duduk kt level bawah.. 1st time masa naik Durian Burung.. agak lama jugak la dalam bas.. naik kematu bontot aku ni. Sampai Shahab Perdana around 7.30pm.. memang penat habis la.. jawab nye.. berbuka puasa kat dalam bas.. masa azan berkumandang bas dah sampai di kawasan Pendang. Patutnya, sempat berbuka kat rumah dengan family.. tp tula, disebabkan jalan jam masa kat penang tadi.. so, aku terkandas sekejap di situ..hurmm..dah takde rezeki kan.. apepun aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana memanjangkan lagi usiaku ini dan beri kesempatan pada aku untuk berhari raya dengan famili.. Nak2 lagi raya kali ini, raya terakhirku sebagai anak dara.. tahun depan? ikut kata suami ok.. hihi
Erm.. sesampai je aku kat rumah.. abah dah minta tolong.. "pergi kemas bilik kamu tu.. nak nikah nanti nak guna bilik tu kan.. mama baru je belikan set bilik tidur untuk kamu..pergi naik tengok. n tolong kemas2 ape yang patut.." Aku pun dengan excitednya, naik ke bilik baru aku..hihi bestnye! dpt katil baru sempena nikah nanti..thanks mama thanks abah! terharu!!!.. aku pun ape lagi berkobar-kobar la mengemas bilik tu.. banyak jugak baju2 aku ye.. dh lama aku tinggalkn baju2 aku tu sejak2 belajar di shah alam..tp alhamdulillah..still muat ok! hihiii.. ;P lepas kemas bilik aku kemas pulak bilik anas.. semaknye takleh byg la kan.. bilik anak bujang/teruna.. biase la.. tp sebab kesiankan dia..aku pun tolong la kemaskan..siapkan hantaran untuk nikah nanti.. pastu check ape2 yang perlu untuk final touch bilik aku tu.. Oh ya..nasib baik terpandang satu dudut dalam bilik tu.. nampaknya, perlukan cat baru nih! hihiii.. borak2 dengan Abah..and abah pun setuju untuk cat semula bilik tu dengan kaler putih..mama cakap putih more suitable coz nanti bilik tu akan nampak lebih besar..
Pas dah habis kemas.. lepak tengok tv.. ade cite Face-off.. sampai 10.30pm, sambung tengok citer HellBoy kat Tv3.. biase je citer dia.. aku kureng minat lah kan.. hihiiii.. tp sj2 je layan untuk isi masa lapang. Ngam2 pukul 12a.m layan lak niteline kt TV3.. tetibe terdengar satu news.. 2 beradik meninggal dunia eksiden kat jalan ke teluk intan.. hurm.. noticed that one of the siblings was my junior back in my uitm years.. iskh! Innalillah... Dia jugak my junior DPP (Deputy Public Persecutor) in Putrajaya.. although aku tak pernah bercakap dengan dia.. tapi yang pasti, dia rakan sejawat aku.. sudah pasti tinggalkan kesan yang amat mendalam pada aku.. Tambahan pula bila terbayangkan apelah perasaan ibubapa dia bila dapat tahu apa yang menimpa anaknya kan..?? Salam Takziah buat keluarga Siti Zubaidah.. Moga kamu tenang di sana.. Al-Fatihah -Amin-
Alhamdulillah..aku masih boleh melihat ibubapaku..aku masih boleh pulang berhari raya.. Itulah... ajal maut di tangan Tuhan.. kita tak mampu buat apa2 bila sudah sampai ajal kita.. Hanya bekalan yang mengiringi kita ke alam baru..
As for now.. aku ber'sms' dengan tunang tersayang..rindu rasanya bila berjauhan.. tapi apakan daya.. kami cuma tunangan sahaja.. belum ada ikatan yang sah lagi.. Tapi takpe, tahun depan InsyaAllah kami beraya bersama sebagai suami isteri.. dan mana tahu, jika dilimpahkan rezeki, kami beraya bertiga.. hehe dengan orang baru.. Amin..
Tapi tula.. raya kali ni amat bermakna bagiku..walaupun kakak sulungku dan anak-anak serta suaminya tidak beraya bersama pada hari raya pertama.. ianya tetap bermakna buatku.. Raya pertama title aku sebagai seorang anak.. Tapi pada raya ke 14, statusku bertukar... Dengan izinNya, ini juga raya pertamaku sebagai sebagai isteri kepada Mohd Ridzuan Abdul Gaffur.. Best kan?? Semoga perjalanan hidupku semakin hari semakin dipermudahkan olehNya..
Baiklah semua.. sudah lewat malam ni.. Baik aku tidur dulu..kerana esok hari terakhir semua umat Islam berpuasa.. Maka aku masih perlu bangun awal untuk siapkan sahur.. Gudnyte All...
xoxo,
Absolute Biel

No comments: