FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

WEDED BLISS

Daisypath Anniversary tickers

OUR GIRL

Lilypie Second Birthday tickers

OUR BOY

Lilypie First Birthday tickers

EL TIGRE (TIGRA)

PitaPata Cat tickers

Tuesday, September 29, 2009

3 hari lagi..dan aku masih belum tidur..

Salam semua...

Sekarang dah pukul 2.43pg, Rabu 30/9/09... Hurm.. Sekejap je masa berlalu.. Tinggal 3 hari sahaja lagi sebelum aku sah bergelar isteri kepada Mohd Ridzuan Hj Abd Gaffur.. Bahagianya!!

Sunday, September 27, 2009

Salam semua...

Kami akan menamatkan zaman bujang kami dalam masa 6 hari saja lagi.. Hari ni, kami berdua hanya sempat ke Carrefour Wangsa Maju untuk cari tudung yang akan dipakai pada majlis pernikahan nanti.. Alhamdulillah baju Labey sudah siap semuanya.. Cuma yang tinggal kini kepeningan aku dalam mencari tudung nikah.. Banyak yang berkenan.. tapi bila beli and balik pakai dengan veil.. ade je yang tak kena.. kan ke dah membazir namanya tuh.. tapi Alhamdulillah jugak la setelah bergelar isteri nanti aku akan memakai tudung/hijab sepenuh masa.. Jadi takde lah bazir sangat kan? coz yang mane tak jadi nak pakai untuk nikah tu, bolehlah dilaburkan untuk masa2 hadapan nanti kan.. InsyaAllah..

Lepas ni.. turn untuk pergi mencari bunga-bungaan untuk hiasan hantaran dari pihak Labey untuk aku pulak..Pelik jugak kenapa perlu cari bunga lagi.. sebabnya, semua hiasan dari alas dulang, bunga hiasan dan hinggalah ke warna ribbon aku dan Labey dah siapkan untuk Umi.. Tapi Umi still insist nak pergi beli.. huhu..

Tak ape lah..Anak sulung and itulah satu-satunya anak lelaki yang dia ada kan.. Biarlah..mungkin dia ada idea dia sendiri kan.. Kits tunggu dan lihat sahaja apakah hasilnya ok.. Cukup setakat itu sahaja untuk hari ini.. Take care!

xoxo,

Absolute Biel

Thursday, September 24, 2009

Mengantuknye..

Dear Bloggers...
Semalam tak dapat tidur.. Jadi aku rasa2 aku hanya berjaya tidur pd pukul 1.10 pg..hihi. Pukul 4.45pg aku dah kena bangun untuk siap2 pergi keje.. Pagi ni, aku tumpang Jaja gi keje kt Melaka.. Malas nak tidur rumah melaka since tak ade sesapa pun kt situ..
Pukul 5.40pg terus bertolak ke rumah Jaja.. and sampai sana dalam kul 6.05 pagi.. masa tu Jaja nak solat Subuh.. nampak Simba gaduh2 dgn Jaja nak keluar rumah.. Jaja tak kasi Simba keluar.. huhu.. notty Simba! Tunang lak pesan kat aku tolong tampar bontot Simba.. erm.. Sayang, kalaulah Simba tu nak kat i la kan.. dah lama i tampar2 bontot dia..Simba ni pelik sikit dari kucing yang lain.. Aku baru je dok depan dia nak usap2 bulu dia.. sekali, dia lari daa.. aiyak! Dia memang taknak aku la.. sobb!!!
Bertolak lak dari rumah jaja ke office.. sampai dalam kul 7.45pg.. nasib baik sempat untuk punch kad..huhu. Sampai ofis, aku dan jaja pun buat warming up.. hihi [dlm erti kata lain.. Ushar FB and layan Sorority Life..] ... But up until now.. I have nothing to do.. No IP to kaji and no IP untuk persiapan bicara. Nampaknya macam diari aku hari ni kosong je la..huhu..
and even now pun.. semasa sedang menaip entry ini..
Aku.......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
MENGANTUK!!!!!!!!
xoxo,
Absolute Biel

Tak faham...

Dear Bloggers..

I found this at my cousin's FB.. "and the winner is..."

Dear cousin,

"Kalau kita memohon maaf terlebih dahulu tiada salahnya.. tidak semestinya kita yang bersalah.. Tidak semestinya kita mengaku kalah.. Cuma kita tidak mahu menambah musuh atau dosa.. Biarlah kita memohon maaf terlebih dahulu.. kerana orang yang memohon maaf itulah antara orang yang mendapat ganjaran pahala yang lebih besar berbanding orang yang memaafkan."

Ape yang kak ngah buat selama dari saat kak ngah jadi tunangan orang..sehinggalah kak ngah memohon maaf dari kamu sekeluarga.. itu sahaja yang kamu nampak..

Tapi apa yang kak ngah dan yang lain2 nampak tentang kamu selama ini.. Kak ngah tak pernah maklumkan pada orang sehinggalah ke saat korang mencaci..menghina.. kak ngah..

Kamu kata kamu kecik hati.. tapi kamu tak fikir keciknya hati kak ngah bila sehingga ke saat kak ngah mohon maaf dari kamu.. kamu masih belum beralah..


Wednesday, September 23, 2009

Hampir..

Mengantuk betol masa drive td.. Nasib baik tak berdentum dgn Honda Jazz yang eksiden kat tengah2 highway td.. aiyak! tula.. lain kali beli keta warna cerah2 [huhu..kena btg hidung sdiri..] Nasib baik ade bas yg bg lampu hazard td .. Kalau tak dengan aku2 sekali eksiden kat situ.. Alhamdulillah ~~ :)
Baru balik dari mahkamah.. Ade kes arini.. Penat.. sebab saksi tu sakitkan hati aku..penat aku cakap..berbuih2 mulut aku..tapi dia taknak bagi keterangan elok2.. overall, kurang memuaskan..
Tapi takpe.. Esok masih ade.. Submission boleh hentam kaw2 lawyer tu.. Doakan aku berjaya kali ini.. Daa~~

Tuesday, September 22, 2009

The Break Is Over..

Dear Bloggers..
My break is almost over...All I can say is that I dont have enough rests eventhough I took 7 days leave for Hari Raya.. Damn! benco dengan kerjaya macam ni tapi aku sangat devote hidup aku pada kerjaya ini.. Memang inilah kerjaya impian aku selama ini..
Aku sangat bahagia bergelar seorang pengamal undang-undang.. [sorry! cant tell u ape pekerjaan sebenar..] Yela.. belajar habiskan masa almost 6 years.. Siap mengadap dugaan masa final year repeat paper Family Law??? my god! teruk kan? tapi tula.. bak kata cendekiawan.. Pointer tak janjikan ape2.. yang penting ape yang u pratikkan apa yang u belajar dulu semasa u keje sekarang ni.. Aku tak kata yang aku ni bagus,, since aku feel yang banyak lagi yang perlu aku belajar. Tapi.. im proud of myself for being at this level rite now.. and as for now.. aku akan struggle untuk terus berjaya sampai pegawia Turus.. hahahaaaa.. berangan siottt!!
Abah tak kasi aku tukar profession dari seorang peguam kepada cikgu/lecturer since both of parents pun dah bergelar cikgu selama lebih 30 tahun.. Abah pernah cakap.. cukup abah,mama,adik and kak long je yang bergelar pendidik.. dia nak aku kekal jadi peguam.. Erm.. nape ye? sampai sekarang tak tahu kenapa? mungkin dia nak aku lebih menyerlah lagi kan.. takpe la.. walau apepun yang Abah nak.. aku ikutkan aje.. yang penting Abah bahagia.. Aku?? takpe.. since aku pun sayang sangat dengan kerjaya ni biarlah aku teruskan je dengan kerjaya ni..
Sebut pasal kerja ni.. Lusa dah kena masuk ofis coz ade court case to handle.. *sigh! Penat kan? first day masuk ofis balik, dah kene pergi court.. tak ape lah.. kata makan gaji kan.. huhu! ok lah.. mau tidur sudah.. tomorrow, in the early morning.. me leaving for Malacca.. gudnyte all!
Rindu Tunang.. hihi!
xoxo,
Absolute Biel

Monday, September 21, 2009

DEAR STALKERS

Bloggers..
I dont mind if you are here just to read and get updates on my love n life.. But to all stalkers out there.. be it, my pencuri laptop, or orang yang sj2 nak cari pasal.. Please..please..please... Stay away from my life..
Especially when your interest is only to stalk on me.. and nothing else.. Coz i dont want to cause any trouble in here ok..
Thank you in advance..
xoxo,
Absolute Biel

Hari yang memenatkan...

Dear Bloggers..
Penat lagi hari ni.. tak terucap penatnye.. bukan pasal kemas rumah ok. Tapi penat berjalan2 beraya dari rumah ke rumah.. hari ni balik kampung di Ayer Putih, Serdang, Kedah. My goodness.. semua sedara sebelah Abah balik raya kat kampung tahun ni.. kalau ter'miss' satu rumah.. konfirm la dorg merajuk kan.. Tambahan pula, nak langsung majlis nikah aku Sabtu depan. Jadi, setiap rumah yang kitorg singgah tu kena la lama sikit.. Nak cerita satu persatu secara terperinci ape yang kitorg dah plan masa nikah tu nanti..hii!! Lepas selesai je round semua rumah.. kitorg bertolak balik Alor Setar around 7pm.. hurmm agak lama jgk perjalanan tu..lebih kurang 1 jam 45 minit dari Bandar Bahru ke Alor Setar Selatan..haish! letih takleh bayang la kan..huhu..
Balik je dapat phone call dari tunang.. maklumkan yang parents and adik2 dia nak datang esok..Aiyak! penat lg la.. ingatkan cuti ni boleh la relax2.. Sekali penat tak hilang2 jugak. Dahla masuk keje khamis ni ade bicara.. damn! Puasnye aku advice dorg untuk tak datang since the nikah is just around the corner.. dorg still insist nak datang jugak. jadi terpakse la terima kedatangan dorg dengan hati yang terbuka kan? takkan nak buat muka masam lak kan.. tak manis lah n tak elok jugak la kan..huhu.. dhla bakal jadi family aku jugak nti.. hurmm..
Pastu.. borak2 lagi dengan tunang sampai naik bosan dah takde modal nak cakap ape.. Last2, decided to online FB.. usha2 2-3 orang kwn sejawat.. check out sorority life (best!!) .. agak2 bosan balik.. terus off FB.. malas nak layan sgt.. since kebelakangan ni banyak sangat perkara yang tak diingini berlaku kan.. So, mengikut kata tok,mama n makteh.. no need to blow up a fight kan.. buang masa je.. ape yang terdengar tu.. masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. so, aku pun membuat keputusan untuk tak amik peduli pasal dorg la kan.. hikhik! malas seh! Aiseh..alangkah indahnya.. kiranya aku dapat men'print' keratan 'komen2 tersebut' dan seterusnya membuat tindakan lanjut dengan membuat laporan polis di bawah akta defamation..perghh!! best gitu u..!! this is really happening in my life.. huhu.. But.. taknak la besarkan citer kan.. so better for me to just relax myself .. and keluarkan kenyataan "DO I LOOK LIKE I CAR BOUT YOU?? HELL NO.. I DONT GIVE A DAMN.." ahaks!!
So.. Mungkinkah salah seorang dari pembaca blog ini adalah orang itu?? What u give.. u'll get back.. not now.. but SOMEDAY..
Wahhh.. Ini serius.. Kalau aku print ni.. Im about to blow up la kan.. OCPD?? CPO?? KTD??(KTD pun termasuk ke?) CM?? LA?? no phone dlm tgn la beb! (riak tak hingat!!) have to babe.. huhu.. nak hidup.. keskes!~
Lupekan riakkan aku ini ~~ malas nak bertekak dengan orang bodoh umur 33 tahun yang dok kt kawasan penagih dadah ni.. so, better go on with my life la kan.. and bloggers, sine its late nite oredi.. im shutting down my netbook.. Gudnite all!
xoxo,
Absolute Biel

Sunday, September 20, 2009

Sesiapa Yang Berkenaan

Kepada stalkers/orang yang suka komen pasal aku/orang yang suka2 nak aibkan aku...
Cukuplah.. Besar sangatkah dosa aku pada kamu? Apakah kesilapan aku yang lalu tak dapat ditebus dengan ucapan mohon maaf ini? Jika YA.. Maka kamu bukan umat Islam sejati.. Maafkanlah aku.. Hentikanlah semua ini.. Aku sudah malas dan bosan dengan semua ini.. malah aku sudah bertindak untuk berdiam diri.. Andai semua itu tidak cukup, aku tidak punya jalan laagi untuk kamu2 yang sesat ini..
Selamat Hari Raya Aidilfitri.. "Buanglah yang keruh, Ambillah yang jernih"
Absolute Biel

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Mohon maaf andainya ada terkasar bahasa dan tersilap langkah.. Mohon ampun kiranya pernah sekali aku ter'mention' nama sesiapa di dalam blog ini tanpa kebenaran..ataupun ter'ambil' idea/hakcipta sesiapa untuk kepuasan diri aku..










Dipagi hari raya.. seperti biasa aku pergi ke rumah Tok (nenek) di Kepala Batas.. Tahun ini tak seperti tahun2 yang lepas... Tak tahu kenapa.. rasa lain sangat.. Mungkin penat sgt kot setelah 2 hari bertungkus lumus mengemas dan mengecat rumah..hihi. Manja tul!! apa nak buat.. aku je yang tinggal kat rumah tu selain Anas.. Dia memang asyik dengan dunia dia je. So, aku la yang terpaksa mengerah tenaga aku ni.. hurm! lumrah!


Seawal pagi raya.. aku tak sempat menunaikan solat sunat hari raya.. sebabnye, sampai je kt perkarangan masjid, orang dah penuh..sampai ke bahagian tangga masjid tu! [tu la.. sape suruh lambat lg..] hehe.. lambat bersebab ok.. Adik aku tersalah ambil baju la weii.. huhu. Aku terus lepak rumah tok. tolong makteh buat final touch kt rumah tok.. sangkut curtain yang x sempat dia nak sangkut tu.. hihi..sian! semalaman dia kemas rumah sorg2.. katanya pukul 5 pagi baru tidur.. sigh!


**So damn daddy-wannabe ok!

Next.. aku hidangkan lontong, nasi himpit, ketupat, rendang ayam, serunding daging/ikan untuk jamuan para tetamu.. Erm..bercakap pasal tetamu.. tahun ni memang letih tahap ayam la kan.. tetamu yang datang berpusu-pusu..lepas satu famili, datang lak lagi satu famili.. Serius penat! even dah pukul 6.30 petang pun tetamu tak stop2 datang.. pendek kata, laksa yang kitorg jadikan sebagi back-up in case tak cukup lontong and ketupat.. HABIS!!! haha.. even laksa tu pun kitorg kena re-stock 3 kali ok!.. pergh! Aku? seperti raya2 sebelum ini selain dari hidangkan makanan, tugas aku adalah di dapur.. basuh pinggan la apa lagi? Tapi this time around.. no more apron! huhu..


Sebut apron teringat lak kat baju raya.. Tahun ni takde baju raya yang special atau grand sangat coz tengah buat perbelanjaan berhemah.. huhu.. baju pun beli kain murah n upah menjahit pun murah aje.. hihi..tapi puas hati.. coz the kain is quite nice and bright plus the jahitan tersangat la kemas dan sangat berbaloi dengan upah jahit tu..huhu..tahun depan nak tempah kat orang yang sama jugak..

**Inilah cucu-cucu tok.. Kami semua 'wayar'..haha

Aku dok kat rumah tok ade la sampai pukul 9 malam.. Setelah pastikan semua telah dikemaskan.. abah ajak kitorg balik rumah kat Alor Setar lak.. Anas? tido rumah tok.. dia baby sitter tok..hehe.. sayanggg tok! Tapi satu benda terlupe.. Duit raya Tok!!! alahai.. esok la aku gi bagi..sian kat tok..jaga aku since kecik lagi.. tak terbalas budi dan kasih sayang yang tok curahkan pada kitorg..baik buruk kitorg dia tak pernah merungut.. selalu, kalau dah tahap degil sangat la kan..dia akan terus tegur kitorg... hurmm.. itulah kasih sayang seorang insan bergelar ibu kan..Suatu hari aku berharap aku pun akan jadi macam dia.. sayangi suami, anak-anak, dan jugak cucu-cucu..dan insyaAllah kalau dipanjang usia.. sempat melihat cicit-cicit aku jugak..

Ok la bloggers! aku nak layan FB lak.. huhu.. dah lama tak godek2 FB tu.. ape kabar la kawan2 ofis aku tuh.. Take care! daaa--


xoxo,

Absolute Biel

Saturday, September 19, 2009

Berakhirnya Ramadhan Munculnya Syawal... Hanya tinggal 14 hari..

Salam semua...
Hari ini merupakan hari terakhir di bulan Ramadhan.. 29 Ramadhan 1430 Hijrah.. Tak banyak yang ingin aku ceritakan hari ini.. Penat semalam masih belum hilang. Ye la.. aku hanya sempat tidur selama 3 jam.. itupun, diselang seli dengan kejutan dari ibuku.. the best part, masa mama kejutkan bangun sahur, aku boleh tanya dia balik kenapa aku kena bangun?? hahaha.. kelakar kan.. Nampak sangat tak cukup tidur..


Pukul 8, aku dikejutkan pula oleh Abah.. pagi2 lagi sudah bising minta aku surf internet? cari syarikat pembentungan ape lagi yang ade kat Kedah ni selain dari Indah Water.. Aku dengan taik mata penuh ni.. bangun dengan malas sekali mengambil netbook ku dan mulakan pencarian.. Cari punya cari.. takde satu pun yang aku jumpe.. haishh!! memang saja nak uji aku ni. pukul 9 pagi, abah ajak mama gi pasar cari daging untuk buat rendang dan serunding.. duh! aku kena tinggal lagi.. yang tak bestnye, takleh sambung tidur.. kena habiskan keje semalam tu.. i.e kemas rumah..


Aku terpaksa akur dengan arahan mama tu.. ye la, kalau bukan aku siapa lagi kan nak tolong dia.. hanya aku saja yang dia bole harapkan.. tak tahu la raya tahun depan macam mana kalau aku takde.. Kesian mama.. aku ade kakak sulung.. tapi dia pun tinggal jauh dari mama and abah.. walaupun suami dia tinggal sebumbung dengan parentsku, but still tak banyak membantu.. almaklumlah.. mak aku bukan jenis yang suka buli menantu dia.. heheeh!! jadi selamatlah sape2 yang jadi menantu mak aku.. Konpem dia tak suruh korg buat keje punya la.. hihi.. tapi tak tahu la menantu pompuan cmne lak dia layan kan.. beware!! kahkahkah!!


Kemas punya kemas.. naik atas turun bawah.. naik tangga turun tangga.. adeh! capek aku dibuatnya.. tapi alhamdulillah akhirnya siap juga aku kemas rumah nih.. Tapi jangan fikir pulak entry kali ni aku nak tunjuk gambar rumah aku yang telah dikemaskan.. tapi aku nak tunjuk a glimpse of the bilik yang bakal aku diami nanti.. Dan tak lupa juga... dalam entry semalam, aku ade bagitau aku ade siapkan gubahan hantaran.. dan hari ini aku nak tunjukkan hasilnya.. walaupun ade setengah barang macam sweets and chocs masih belum beli.. tapi tula.. nak tunjuk jugak!

** Abaikan segala ape yang korang nampak disebalik cermin tu ok..

Ini keadaan dressing table dalam bilik aku tu.. hehe..saja je tambah daun2 and bunga roses tu..nak nampak mcm dlm garden..




** Colors may differ from its actual

Ketiga-tiga di atas ini pula, sebahagian dari hantaran yang dah berjaya aku siapkan.. Cuma perlukan sedikit final touch.. So, ape pendapat korg??

xoxo,

Absolute Biel



Friday, September 18, 2009

Menjelang Hari Raya..

Salam Aidilfitri buat semua pembaca..
Sigh! itulah yang dpt aku luahkan.. aku letih, penat.. tapi masih cuba untuk entertain rakan2 bloggerku utk kali ini..
Aku bertolak pulang ke Kedah dari Kuala Lumpur tengah hari tadi.. Bas pukul 1 petang.. Transnasional Double Decker.. hihi.. this is my 2nd time naik double deck duduk kt level bawah.. 1st time masa naik Durian Burung.. agak lama jugak la dalam bas.. naik kematu bontot aku ni. Sampai Shahab Perdana around 7.30pm.. memang penat habis la.. jawab nye.. berbuka puasa kat dalam bas.. masa azan berkumandang bas dah sampai di kawasan Pendang. Patutnya, sempat berbuka kat rumah dengan family.. tp tula, disebabkan jalan jam masa kat penang tadi.. so, aku terkandas sekejap di situ..hurmm..dah takde rezeki kan.. apepun aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana memanjangkan lagi usiaku ini dan beri kesempatan pada aku untuk berhari raya dengan famili.. Nak2 lagi raya kali ini, raya terakhirku sebagai anak dara.. tahun depan? ikut kata suami ok.. hihi
Erm.. sesampai je aku kat rumah.. abah dah minta tolong.. "pergi kemas bilik kamu tu.. nak nikah nanti nak guna bilik tu kan.. mama baru je belikan set bilik tidur untuk kamu..pergi naik tengok. n tolong kemas2 ape yang patut.." Aku pun dengan excitednya, naik ke bilik baru aku..hihi bestnye! dpt katil baru sempena nikah nanti..thanks mama thanks abah! terharu!!!.. aku pun ape lagi berkobar-kobar la mengemas bilik tu.. banyak jugak baju2 aku ye.. dh lama aku tinggalkn baju2 aku tu sejak2 belajar di shah alam..tp alhamdulillah..still muat ok! hihiii.. ;P lepas kemas bilik aku kemas pulak bilik anas.. semaknye takleh byg la kan.. bilik anak bujang/teruna.. biase la.. tp sebab kesiankan dia..aku pun tolong la kemaskan..siapkan hantaran untuk nikah nanti.. pastu check ape2 yang perlu untuk final touch bilik aku tu.. Oh ya..nasib baik terpandang satu dudut dalam bilik tu.. nampaknya, perlukan cat baru nih! hihiii.. borak2 dengan Abah..and abah pun setuju untuk cat semula bilik tu dengan kaler putih..mama cakap putih more suitable coz nanti bilik tu akan nampak lebih besar..
Pas dah habis kemas.. lepak tengok tv.. ade cite Face-off.. sampai 10.30pm, sambung tengok citer HellBoy kat Tv3.. biase je citer dia.. aku kureng minat lah kan.. hihiiii.. tp sj2 je layan untuk isi masa lapang. Ngam2 pukul 12a.m layan lak niteline kt TV3.. tetibe terdengar satu news.. 2 beradik meninggal dunia eksiden kat jalan ke teluk intan.. hurm.. noticed that one of the siblings was my junior back in my uitm years.. iskh! Innalillah... Dia jugak my junior DPP (Deputy Public Persecutor) in Putrajaya.. although aku tak pernah bercakap dengan dia.. tapi yang pasti, dia rakan sejawat aku.. sudah pasti tinggalkan kesan yang amat mendalam pada aku.. Tambahan pula bila terbayangkan apelah perasaan ibubapa dia bila dapat tahu apa yang menimpa anaknya kan..?? Salam Takziah buat keluarga Siti Zubaidah.. Moga kamu tenang di sana.. Al-Fatihah -Amin-
Alhamdulillah..aku masih boleh melihat ibubapaku..aku masih boleh pulang berhari raya.. Itulah... ajal maut di tangan Tuhan.. kita tak mampu buat apa2 bila sudah sampai ajal kita.. Hanya bekalan yang mengiringi kita ke alam baru..
As for now.. aku ber'sms' dengan tunang tersayang..rindu rasanya bila berjauhan.. tapi apakan daya.. kami cuma tunangan sahaja.. belum ada ikatan yang sah lagi.. Tapi takpe, tahun depan InsyaAllah kami beraya bersama sebagai suami isteri.. dan mana tahu, jika dilimpahkan rezeki, kami beraya bertiga.. hehe dengan orang baru.. Amin..
Tapi tula.. raya kali ni amat bermakna bagiku..walaupun kakak sulungku dan anak-anak serta suaminya tidak beraya bersama pada hari raya pertama.. ianya tetap bermakna buatku.. Raya pertama title aku sebagai seorang anak.. Tapi pada raya ke 14, statusku bertukar... Dengan izinNya, ini juga raya pertamaku sebagai sebagai isteri kepada Mohd Ridzuan Abdul Gaffur.. Best kan?? Semoga perjalanan hidupku semakin hari semakin dipermudahkan olehNya..
Baiklah semua.. sudah lewat malam ni.. Baik aku tidur dulu..kerana esok hari terakhir semua umat Islam berpuasa.. Maka aku masih perlu bangun awal untuk siapkan sahur.. Gudnyte All...
xoxo,
Absolute Biel