FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

WEDED BLISS

Daisypath Anniversary tickers

OUR BABY!

OUR BABY!

MIRACLE

Lilypie First Birthday tickers

EL TIGRE (TIGRA)

PitaPata Cat tickers

Tuesday, February 7, 2012

Just a short update...

Ok friends. lama gila tak update. Baby Sofea pun dah besar. Ok, just a short update.

- Sofea dah boleh golek meniarap
- suka hisap jari sampai nak muntah2
- suka nangis kuat2 sampai nak muntah :P
- dah boleh turunkan kepala dari bantal. kesot2 360 degree sampai turun dari tilam sendiri. so bahaya!
- pandai tgk tv
- suka warna merah
- seriously jarang tgk kartun. tp byk tgk action packed movie.. hik3!
- minum susu mmg wajib pegang tgn mommy. kalau tak nanti tak boleh tidur... cute kn!
- tidur kena peluk especially tidur dlm kete.
- Pandai behave bila dalam car seat. Stroller pun sama!
- PALING BEST!!! Pandai gelak terbahak2./terkekeh2.. hahaha!


So far, tak banyak lg la yg dia boleh buat. So, expecting more to come in the future. Oh baby! cepatlah boleh duduk. :P




*Khusyuk tgk TV


*Zara & Zahin @ Festival City


*Cubaan utk pusing 360


*Her favourite toy. Jelly ball n Bumbo seat.

Monday, November 28, 2011

The New Addition

Salam friends and foe,

Alhamdulillah... I safely gave birth to a beautiful baby girl on 28th September 2011 / 30 Syawal 1432H @ 12:16 a.m at Naluri Medical Centre, Wangsa Maju, KL.

We named her ZARA HANA SOFEA. Actually, at first we would like to name her Hana Sofea which means 'kebahgiaan, rezeki tanpa kepayahan' (Hana) and 'menawan' (Sofea). However, on the day she was born Hubby made the final decision on putting the name Zara at the front which means 'Puteri'. Well, since she is our 1st princess, our baby without having to go through the hard times, and we wished her to charm us and other with her charming smile and attitude, Zara Hana Sofea has been chosen.

I guess that's all for now. I'm too lazy to type down my labour pain experience but if anyone of you want to ask me about my labour experience, u may leave a comment aite! Till then, enjoy these pictures below.. Tata!

ZHS - Day 3

ZHS during Hari Raya Qurban - Gemok or Kurusss???

ZHS - Tido meniarap ;)










Thursday, September 1, 2011

SALAM AIDILFITRI 1432H / 2011




Mohd Ridzuan (Mr Ridz), Nabilah (Mrs Ridz), Tigra dan juga Baby Zara Hana Sofea mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN... Sesunguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri kami sendiri...

Tuesday, August 16, 2011

Pengalaman Pertama Bersalin...

Ok. Please dont get me wrong. Tajuk entry ni bukan berkaitan pengalaman aku bersalin anak sendiri. Tapi sebenarnya aku nak ceritakan pengalaman aku mendengar suara seorang ibu yang bertarung nyawa melahirkan anak sulungnya.

Serius. Aku dengar sendiri dengan telinga aku ni. Pagi tadi masa tengah keje, Hubby call bagitau fiza dah kena admit. since masa lunch dah dekat, aku pun bergegas pulang dan terus gi ke Pusrawi Kajang nak melawat adik ipar aku ni.

Sampai je sana, ingatkan dia dah deliver. Tapi rupanya baru je buka 6cm dan baru dimasukkan ke dalam labor room. Dalam hati aku ni.. "Mesti lambat lagi ni"... Adik ipar aku yg bongsu, Fazrina asyik dok mundar-mandir. aku pulak naik rimas. Hubby asyik bertekak dengan aku. Usik sana usik sini.

Tetibe je, aku terdengar suara "iskhhh... sakitttt...". Aku terus terdiam. Hubby lak jadi pekak. Sibuk dengan BBM dia je. Rasa nak je aku amik hp dia tu baling turun ke bawah bangunan. haishhh!! Ade la dalam 5-10 minit aku dengar suara Fiza mengerang sakit. Tapi serius, takde sampai tahap dia menjerit kuat la...

Akhirnya, aku dengar suara baby. Halus, sayup2 je dari luar labor room tu. Aku nak nangis. Gembira sangat? tak juga... Sebab aku kahwin dulu dari dia. Tapi dia merasa jadi ibu dulu. "Iskh, tak baik fikir macam tu..." hati aku lak bagi warning kat aku. ewah! "Rezeki masing-masing la.." aku tunduk. Tapi Hubby macam boleh baca air muka aku. Terus aku peluk dia sambil nangis.

Takpe, aku redha. Asalkan fiza selamat sudah lah. Pasni, perhatian akan tertarik pada baby baru la. So, aku boleh la enjoy sekejap. nak gi mana aku suka. hehe. paling best, tahun ni dapat balik beraya kat Kedah selama seminggu tanpa ade rase risau nak kena standy ke ape ke since fiza dah bersalin. Oh ya! she's supposed to deliver her baby on 3/9/2011. tapi since baby engage awal, hari ni la baby dia keluar.

Ape yang membuatkan aku terdetik nak buat entry ni is that, betapa mudahnya dia melahirkan baby. bukan sebab tak de rasa sakit nak bersalin. tapi take into consideration masa yang dia ambil untuk push baby keluar. 5-10 minutes. Susah nak cari macam tu beb! Kawan aku bersalin pun sampai 21 jam dalam labor room. Betul la kata sesetengah orang yang tua, amalan kita sewaktu mengandung that counts.

Jadi pengajaran di sini, sewaktu mengandung banyakkan baca surah Maryam, Luqman, yunus, Yusuf dan juga surah2 pendek especially doa memudahkan bersalin. dan yang paling penting, solat 5 waktu jangan tinggal.

Kepada baby Sofea, bantulah Mommy untuk memudahkan Mommy melahirkan kamu ye sayang... InsyaAllah. Mommy loves you!

Wednesday, August 10, 2011

Tuesday, August 2, 2011

29 weeks!



This is me @ 29 weeks. Sekejap je masa berlalu. Masuk 30 weeks dah kena start prepare baby n mommy bag semua letak dalam kereta..



At this stage, kaki aku mula membengkak. Tapi ttp degil nak merayap, berdiri lama2 semua. (tuntutan kerja memang begitu - berdiri lama2 dalam court :P ) Alhamdulillah selera makan makin bertambah. Masa 2nd trimester je mcm xde selera sikit. Sekarang, bukan setakat bertambah. Nampak ape semua aku ngappp! hahaha! berat pn naik 7 kgs dlm masa 1 bulan. apa macam? style x? Dulu nak sangat berat naik kan? haa, amik... padan muka aku!



Tengok gambar kat atas ni cukup lah menyatakan segalanya... Makin tembam, makin nampak macam Cikgu Rokiah (Mak aku.. hihi!). Tidur pun makin kurang selesa. Insomnia? Jangan cakap la. Pukul 4 pagi pun boleh berjaga lagi. Pastu, mcm ade satu perasaan kat area leher aku ni sebelum nak tidur. Semacam je dia berdenyut2. Tapi lama2 hilang la perasaan tu... Abaikan...



Semalam buat choc chips org order. Memula x rasa sakit kaki. Tapi bile aku bangun sahur, Ya Allah sakitnya tapak kaki. Macam ade orang cucuk dgn jarum. Nak jalan ke toilet pun rasa azab sangat. Tapi yg best, hobi aku naik turun tangga tetap diteruskan. Exercise beb! kata taknak kena minum air gula kannn... hehehe!



Tangan, jari pun tembam. Cincin nikah pun nyawa2 ikan je aku pakai. Cincin tunang apetah lagi. Memang ke laut la jawabnya... Ketat semua bagai. uhuk! Kemeja gi keje dah takleh pakai. Dulu masa 2nd trimester leh pakai lagi baju kemeja... Sekarang harap baju pregnant je la.. hik!



Kasut flats pun dah tak selesa pakai. Aku kena pakai comfy shoes mcm Clarks, Scholl or Hush Puppies. (Kalaulah suamiku baca entry ni... Alhamdulillah!) :P



Masa tengah time entry ni lak, kanak2 riang dalam perut ni berjoget sakan... Ape yg best ntah. Seronok pun ade walaupun ade time dia macam tetibe tendang sekuat hati! haha... Kadang2 tengah sedap2 tidur dia tendang sampai leh terjaga. Hubby cakap pernah sampai aku mamai2 tengah malam tension tak leh tidur sbb kena tendang.. teruk betol Mommy Sofea ni... Sian baby. Sape suruh mommy banyak sangat minum air kelapa kan... hahahaha! Padan muka lagi!



Berat baby sekarang dah 1.6 kg. Last week, 1.1 kg... Yeah, dia membesar bagai juara (errr... ke bagai bapak dia???) Kepala pun dah kat bawah. Tunggu masa je... ok, dah malas nak merepek panjang nanti ntah pape lagi yang aku taip. Last but not least, barang baby semua dah setel beli except for diapers! hooray! Baby cot, cradle all stuffs semua akan aku paksa nenek, atok, makcik, pakcik dia semua sponsor... Hahaha! Padan muka korg! :P

Thursday, July 21, 2011

Pahitnya hidup ini... Kenyataan harus ditelan - !

Tadi tengah browsing thru my cousin's FB, ternampak gmabar terbaru dia upload. Cousin lelaki side Mama yang sulong, Abang @ Mohd Khairul Hafizie baru je graduate dari PULAPOL, Langkawi.



This is for Arwah Tok & Pak Njang


Bangga sekejap. Tapi pastu menitik air mata aku. Tetibe teringat arwah Tok and Pak Njang (Abah Abang) yang telah kembali menemui Illahi. Kadang2 terdetik, kesian Abang... Bertahun2 bertungkus lumus cari keje, try to improve himself. Tapi nasib tak menyebelahi Abang. Sampai la tahun lepas, just after Arwah Pak Njang hembuskan nafas terakhir, Abang dapat offer untuk direkrut jadi Polis. Alhamdulillah.

So, start bulan 12 tahun lepas Abang tinggalkan kampung gi menuntut kat PULAPOL Langkawi untuk jadi yang lebih baik. Berbulan-bulan kami semua tak dapat jumpa dia. Nak2 lagi arwah Tok yang memang sayang sangat2 kat Abang. Ingatkan bila Abang graduate, umur Tok masih panjang... Kami tak pernah terdetik sikit pun Tok akan pergi dalam masa terdekat ni. Tapi takdir Allah, Tok kembali ke Rahmatullah pada 13/5/2011 jam 9.15malam.

Masa Tok meninggal, Abang tak sempat balik. Ngam2 Abang sampai... Tok dah hembuskan nafas terakhir. Kesian Abang, kesian Arwah Tok... Kempunan nak tengok cucu kesayangan balik. In fact, beberapa hari sebelum Tok meninggal, Abang ada call Tok and Tok minta dia balik tolong dia gi pasar belikan ikan untuk masak tengahari. Alahai Tok, hancur luluh hati kami anak cucu bila dengar semua tu. Luluh lagi hati Abang bila dah hampir 5 bulan tak jumpa Tok kesayangan yang jaga kami dari kecil sampai besar.

Aku antara orang yang dapat tengok berjujuran air mata Abang mengalir waktu kami ziarah jenazah Tok di CCU, Hospital Sultanah Bahiyah. Abang menangis... Susah nak tengok Abang menangis... Masa arwah Abah dia meninggal dlu pun tak macam ni. Aku yang baru 2 minggu tak jumpa arwah Tok masa tu pun menangis meraung... Inikan pula Abang yang dah 5 bulan tak jumpa Tok. Tapi tula, 'kenyataan harus ditelan...' Pahit macam mana pun hidup ni, kena teruskan.

Tapi hari ni bila tengok gambar Abang graduate dengan baju korporat Polis tu, aku jadi bangga. and terdetik di hati aku... Bangganya Pak Njang and Tok kalau dorg still bernafas... And I know, although they were'nt here, dorg tetap bangga dari jauh... Al-Fatihah to both Pak Njang and Tok. Amin.


We miss you Tok, badly!!

Saturday, July 16, 2011

Breastfeeding and its tools...

Kali ni nak cakap pasal breastfeeding lak. Asyik cakap pasal baju baby je kan... hehe!
Ok, ape yang best pasal susu ibu ni? ade la lebih kurang 12 kebaikan dalam menyusu anak kita dgn susu badan. Check it out!

1) Susu ibu lebih mudah dihadamkan.

2) Susu ibu tidak mengandungi bahan2 kimia. Ingat tak kes melamin dalam susu bayi di China? Haaa, kita tak tau sejauh mana selamatnya susu2 formula untuk bayi kita, so susu ibu memang pilihan yang paling tepat, sebab confirm tak ada bahan2 kimia yang berbahaya!

3) Susu ibu menjimatkan kos & masa. Susu formula kebanyakkannya mahal2 dan memerlukan anda membancuh dan menggunakannya dalam tempoh masa yang terhad. Dengan susu ibu, tiada masalah! Tidak ada kos tambahan, bersih dan menjimatkan. Stok susu sentiasa ada dalam badan, so bila anak merengek nak nenen, angkat jer baju, susu dah tersedia.. heheheh

4) Menyusukan bayi anda mengurangkan risiko terhadap kanser payudara. Ini adalah kajian dari Collaborative Group on Hormonal Factors in Breast Cancer (2002). So, mencegah adalah lebih baik dari merawat, kan? Jadi janganlah malas menyusukan bayi anda :)

5) Susu ibu mengandungi Imunisasi kepada penyakit dan membantu membina sistem imunisasi dalam badan bayi – 80% dari sel dalam sus ibu adalah macrophages, iaitu sel yang membunuh bakteria, fungus dan virus. Bayi yang menyusu terlindung dari pneumonia, botulism, bronchitis, staphylococcal infections, jangkitan telinga & German measles (campak).

6) Susu ibu mengandungi nutrisi yang terbaik!

7) Menyusukan anak mengurangkan risiko ibu dari menghidapi kanser ovari.

8) Menyusukan anak membantu mengurangkan berat badan ibu! Haaaaaa, ni semua mesti ibu2 suka baca.. Heheheh.. maklumlah, masa mengandung berkilo2 berat di”ternak” dalam badan.. hahahah.. Buat pengetahuan pembaca, setiap sesi menyusu membakar 500 kalori sehari! Itulah sebabnya, ibu2 yang menyusu badan lebih cepat kembali ke bentuk badan yang asal daripada ibu2 yang memberikan anak mereka susu botol.

9) Susu ibu amat disyorkan oleh World Health Organization & Unicef!

10) Susu ibu membantu mengeluarkan meconium dari perut bayi – meconium adalah sejenis lendir melekit yang memang sedia ada dalam usus bayi. Kolastrum @ susu awal ibu, adalah merupakan cecair unik yg boleh mengeluarkan lendir itu dari perut bayi.. Subahannallah.. betapa hebatnya ciptaan Allah ini :)

11) Susu ibu memelihara bayi dari penyakit Crohn – Penyakit ini adalah penyakit yang berkaitan dengan usus. Penyakit ini sangat kronik. Ia adalah radang perut yang boleh menyebabkan bengkak pada bahagian dalam usus. Penyakit ini sangat susah untuk diubati, tapi kajian menunjukkan susu ibu dapat menghalang dari bayi untuk menghidapi penyakit ini.

12) Menyusukan bayi anda dapat mengurangkan risiko menghidapi kanser endometriosis.

Ok, rasanya cukup untuk kita tahu 12 kebaikan tentang menyusu badan. Nnti kita sambung lagi ya! So pada ibu2 atau bakal ibu2, jom kita mula meyusukan bayi kita hari ini!


So, bagi aku yang memang bercadang untuk breastfeed anak dalam paling kurang 6 bulan, aku dah ready dengan mekanism yg patut...


1) Breastpump. Be it manual or electric, semua ikut kemampuan masing2. Macam aku, aku pilih manual dulu sebab aku dh tgk review orang lain semua cakap manual pun enough utk trigger aku susukan baby. Tapi dgn syarat kena rajin la...

Philips Avent Isis Manual BreastPump - My choice! ;)


So, kawan2 aku cadangkan untuk yang bajet ciput mcm aku, pilih Avent Manual Breastpump. Review dia aku tgk, ramai yg cakap suction tak menyakitkan dan sangat menyerupai electric breastpump yg sedia ada. (yg ni manual tau!) Kalau Retail price kt kedai dlm RM289. Tapi kat internet boleh dapat dalam RM180-RM200. Tak kisah la nak beli kt mana2 pun. Bagi aku sama je kualiti. Made in UK gak kan.. hehehe! Mcm adik ipar aku dia beli kat Parkson ade 20% disc. Aku beli kat myavent.blogspot.com dapat dalam RM169 incl. postage!! ;)

2) Cooler bag - ni mmg khas untuk ibu2 berkerjaya. senang nak simpan susu yg dh dipump especially ms kt ofis. time lunch boleh pump puas2. pastu simpan je botol storage tu dlm cooler bag.

3) Ice packs - ini wajib ade la kn.. kalau xnak ade, kena beli ais kiub tiap2 hari. Mane lg jimat?? baik beli ice packs kn! balik boleh sejukkan balik dlm fridge. senang!

4) Storage bottles - ini untuk isi susu yang diperah direct from breastpump. terus je tutup and masukkan dlm cooler bag! pastu, habis working hours boleh balik rumah and tadaaaa! boleh susukan baby direct from storage bottle tu if its comes with caps n teats. mudah kan? yg ni aku recommend avent jugak la... Beli yang newborn kits. Ade dalam 2x4oz n 2x8oz bottles siap dgn caps n teats... Kat internet boleh dapat dalam RM170. Kalau kat kedai RM269. Mane lebih jimat? PES bottle tau! Ataupun boleh jgk dpt Autumnz storage bottles. RM36.90 kt online. Kt kedai tak sure berapa harga. Tapi mudah didapati kt any Jusco, kedai baby etc. ;)


Friday, July 15, 2011

Changes...

Now dah masuk 27 weeks... dah mula merasa sakit badan yg amat... Malas nk gi keje pn ade. :P Baby S makin aktif. berapa kali gerak dlm sehari? jgn cakap la... Rasenye penah sekali tu smpi almost 100 kicks n hiccups kot. tak larat nak kira. Malam nak tidur baby S leh shuffle dalam perut sampai senget2 perut aku ni. but i really enjoy it! sebab ramai yg cakap, nanti dah bersalin, benda2 macam ni la yg aku rindu.. ermm, xpe... telan je balik baby S nanti.. hehehe! Mommy kejam!


Other than that, im suffering from insomnia. Tengok lah sekarang, dah pukul 2.40 pagi pun belom tidur. takde rasa mengantuk pun. yang ade, cuma rase lapar. haha! mane la tak gemuk mommy baby S ni... Duduk pun takleh santai2 dah. semua kena dok tegak. dahla aku ni memang jenis membongkok. memang sakit badan habis la. Ku tahankan jela demi baby S. Nanti keluar, tahu la aku nak cubit n tokak dia.. Daddy dia dah ready nak gomols habis2an.. Belom keluar lg pun perut aku dah jadi mangsa gomolan dia tu.. iskh3!


Ok, sebenarnya xde idea nak cakap pasal pe lagi dah... makin malas nak perah otak. tapi yang pasti, aku suka baking masa mengandungkan baby S. nanti dia keluar pun mesti suka baking. *harapan...* To Baby SOFEA, cepatlah keluar!!! taknak overdue ok! mommy tak sabar nak peluk ni...




;-))))))

Saturday, July 2, 2011