FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

WEDED BLISS

Daisypath Anniversary tickers

OUR GIRL

Lilypie Second Birthday tickers

OUR BOY

Lilypie First Birthday tickers

EL TIGRE (TIGRA)

PitaPata Cat tickers

Monday, November 28, 2011

The New Addition

Salam friends and foe,

Alhamdulillah... I safely gave birth to a beautiful baby girl on 28th September 2011 / 30 Syawal 1432H @ 12:16 a.m at Naluri Medical Centre, Wangsa Maju, KL.

We named her ZARA HANA SOFEA. Actually, at first we would like to name her Hana Sofea which means 'kebahgiaan, rezeki tanpa kepayahan' (Hana) and 'menawan' (Sofea). However, on the day she was born Hubby made the final decision on putting the name Zara at the front which means 'Puteri'. Well, since she is our 1st princess, our baby without having to go through the hard times, and we wished her to charm us and other with her charming smile and attitude, Zara Hana Sofea has been chosen.

I guess that's all for now. I'm too lazy to type down my labour pain experience but if anyone of you want to ask me about my labour experience, u may leave a comment aite! Till then, enjoy these pictures below.. Tata!

ZHS - Day 3

ZHS during Hari Raya Qurban - Gemok or Kurusss???

ZHS - Tido meniarap ;)










Thursday, September 1, 2011

SALAM AIDILFITRI 1432H / 2011




Mohd Ridzuan (Mr Ridz), Nabilah (Mrs Ridz), Tigra dan juga Baby Zara Hana Sofea mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN... Sesunguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri kami sendiri...

Tuesday, August 16, 2011

Pengalaman Pertama Bersalin...

Ok. Please dont get me wrong. Tajuk entry ni bukan berkaitan pengalaman aku bersalin anak sendiri. Tapi sebenarnya aku nak ceritakan pengalaman aku mendengar suara seorang ibu yang bertarung nyawa melahirkan anak sulungnya.

Serius. Aku dengar sendiri dengan telinga aku ni. Pagi tadi masa tengah keje, Hubby call bagitau fiza dah kena admit. since masa lunch dah dekat, aku pun bergegas pulang dan terus gi ke Pusrawi Kajang nak melawat adik ipar aku ni.

Sampai je sana, ingatkan dia dah deliver. Tapi rupanya baru je buka 6cm dan baru dimasukkan ke dalam labor room. Dalam hati aku ni.. "Mesti lambat lagi ni"... Adik ipar aku yg bongsu, Fazrina asyik dok mundar-mandir. aku pulak naik rimas. Hubby asyik bertekak dengan aku. Usik sana usik sini.

Tetibe je, aku terdengar suara "iskhhh... sakitttt...". Aku terus terdiam. Hubby lak jadi pekak. Sibuk dengan BBM dia je. Rasa nak je aku amik hp dia tu baling turun ke bawah bangunan. haishhh!! Ade la dalam 5-10 minit aku dengar suara Fiza mengerang sakit. Tapi serius, takde sampai tahap dia menjerit kuat la...

Akhirnya, aku dengar suara baby. Halus, sayup2 je dari luar labor room tu. Aku nak nangis. Gembira sangat? tak juga... Sebab aku kahwin dulu dari dia. Tapi dia merasa jadi ibu dulu. "Iskh, tak baik fikir macam tu..." hati aku lak bagi warning kat aku. ewah! "Rezeki masing-masing la.." aku tunduk. Tapi Hubby macam boleh baca air muka aku. Terus aku peluk dia sambil nangis.

Takpe, aku redha. Asalkan fiza selamat sudah lah. Pasni, perhatian akan tertarik pada baby baru la. So, aku boleh la enjoy sekejap. nak gi mana aku suka. hehe. paling best, tahun ni dapat balik beraya kat Kedah selama seminggu tanpa ade rase risau nak kena standy ke ape ke since fiza dah bersalin. Oh ya! she's supposed to deliver her baby on 3/9/2011. tapi since baby engage awal, hari ni la baby dia keluar.

Ape yang membuatkan aku terdetik nak buat entry ni is that, betapa mudahnya dia melahirkan baby. bukan sebab tak de rasa sakit nak bersalin. tapi take into consideration masa yang dia ambil untuk push baby keluar. 5-10 minutes. Susah nak cari macam tu beb! Kawan aku bersalin pun sampai 21 jam dalam labor room. Betul la kata sesetengah orang yang tua, amalan kita sewaktu mengandung that counts.

Jadi pengajaran di sini, sewaktu mengandung banyakkan baca surah Maryam, Luqman, yunus, Yusuf dan juga surah2 pendek especially doa memudahkan bersalin. dan yang paling penting, solat 5 waktu jangan tinggal.

Kepada baby Sofea, bantulah Mommy untuk memudahkan Mommy melahirkan kamu ye sayang... InsyaAllah. Mommy loves you!

Wednesday, August 10, 2011

I've been featured! ;)




Tuesday, August 2, 2011

29 weeks!



This is me @ 29 weeks. Sekejap je masa berlalu. Masuk 30 weeks dah kena start prepare baby n mommy bag semua letak dalam kereta..



At this stage, kaki aku mula membengkak. Tapi ttp degil nak merayap, berdiri lama2 semua. (tuntutan kerja memang begitu - berdiri lama2 dalam court :P ) Alhamdulillah selera makan makin bertambah. Masa 2nd trimester je mcm xde selera sikit. Sekarang, bukan setakat bertambah. Nampak ape semua aku ngappp! hahaha! berat pn naik 7 kgs dlm masa 1 bulan. apa macam? style x? Dulu nak sangat berat naik kan? haa, amik... padan muka aku!



Tengok gambar kat atas ni cukup lah menyatakan segalanya... Makin tembam, makin nampak macam Cikgu Rokiah (Mak aku.. hihi!). Tidur pun makin kurang selesa. Insomnia? Jangan cakap la. Pukul 4 pagi pun boleh berjaga lagi. Pastu, mcm ade satu perasaan kat area leher aku ni sebelum nak tidur. Semacam je dia berdenyut2. Tapi lama2 hilang la perasaan tu... Abaikan...



Semalam buat choc chips org order. Memula x rasa sakit kaki. Tapi bile aku bangun sahur, Ya Allah sakitnya tapak kaki. Macam ade orang cucuk dgn jarum. Nak jalan ke toilet pun rasa azab sangat. Tapi yg best, hobi aku naik turun tangga tetap diteruskan. Exercise beb! kata taknak kena minum air gula kannn... hehehe!



Tangan, jari pun tembam. Cincin nikah pun nyawa2 ikan je aku pakai. Cincin tunang apetah lagi. Memang ke laut la jawabnya... Ketat semua bagai. uhuk! Kemeja gi keje dah takleh pakai. Dulu masa 2nd trimester leh pakai lagi baju kemeja... Sekarang harap baju pregnant je la.. hik!



Kasut flats pun dah tak selesa pakai. Aku kena pakai comfy shoes mcm Clarks, Scholl or Hush Puppies. (Kalaulah suamiku baca entry ni... Alhamdulillah!) :P



Masa tengah time entry ni lak, kanak2 riang dalam perut ni berjoget sakan... Ape yg best ntah. Seronok pun ade walaupun ade time dia macam tetibe tendang sekuat hati! haha... Kadang2 tengah sedap2 tidur dia tendang sampai leh terjaga. Hubby cakap pernah sampai aku mamai2 tengah malam tension tak leh tidur sbb kena tendang.. teruk betol Mommy Sofea ni... Sian baby. Sape suruh mommy banyak sangat minum air kelapa kan... hahahaha! Padan muka lagi!



Berat baby sekarang dah 1.6 kg. Last week, 1.1 kg... Yeah, dia membesar bagai juara (errr... ke bagai bapak dia???) Kepala pun dah kat bawah. Tunggu masa je... ok, dah malas nak merepek panjang nanti ntah pape lagi yang aku taip. Last but not least, barang baby semua dah setel beli except for diapers! hooray! Baby cot, cradle all stuffs semua akan aku paksa nenek, atok, makcik, pakcik dia semua sponsor... Hahaha! Padan muka korg! :P

Thursday, July 21, 2011

Pahitnya hidup ini... Kenyataan harus ditelan - !

Tadi tengah browsing thru my cousin's FB, ternampak gmabar terbaru dia upload. Cousin lelaki side Mama yang sulong, Abang @ Mohd Khairul Hafizie baru je graduate dari PULAPOL, Langkawi.



This is for Arwah Tok & Pak Njang


Bangga sekejap. Tapi pastu menitik air mata aku. Tetibe teringat arwah Tok and Pak Njang (Abah Abang) yang telah kembali menemui Illahi. Kadang2 terdetik, kesian Abang... Bertahun2 bertungkus lumus cari keje, try to improve himself. Tapi nasib tak menyebelahi Abang. Sampai la tahun lepas, just after Arwah Pak Njang hembuskan nafas terakhir, Abang dapat offer untuk direkrut jadi Polis. Alhamdulillah.

So, start bulan 12 tahun lepas Abang tinggalkan kampung gi menuntut kat PULAPOL Langkawi untuk jadi yang lebih baik. Berbulan-bulan kami semua tak dapat jumpa dia. Nak2 lagi arwah Tok yang memang sayang sangat2 kat Abang. Ingatkan bila Abang graduate, umur Tok masih panjang... Kami tak pernah terdetik sikit pun Tok akan pergi dalam masa terdekat ni. Tapi takdir Allah, Tok kembali ke Rahmatullah pada 13/5/2011 jam 9.15malam.

Masa Tok meninggal, Abang tak sempat balik. Ngam2 Abang sampai... Tok dah hembuskan nafas terakhir. Kesian Abang, kesian Arwah Tok... Kempunan nak tengok cucu kesayangan balik. In fact, beberapa hari sebelum Tok meninggal, Abang ada call Tok and Tok minta dia balik tolong dia gi pasar belikan ikan untuk masak tengahari. Alahai Tok, hancur luluh hati kami anak cucu bila dengar semua tu. Luluh lagi hati Abang bila dah hampir 5 bulan tak jumpa Tok kesayangan yang jaga kami dari kecil sampai besar.

Aku antara orang yang dapat tengok berjujuran air mata Abang mengalir waktu kami ziarah jenazah Tok di CCU, Hospital Sultanah Bahiyah. Abang menangis... Susah nak tengok Abang menangis... Masa arwah Abah dia meninggal dlu pun tak macam ni. Aku yang baru 2 minggu tak jumpa arwah Tok masa tu pun menangis meraung... Inikan pula Abang yang dah 5 bulan tak jumpa Tok. Tapi tula, 'kenyataan harus ditelan...' Pahit macam mana pun hidup ni, kena teruskan.

Tapi hari ni bila tengok gambar Abang graduate dengan baju korporat Polis tu, aku jadi bangga. and terdetik di hati aku... Bangganya Pak Njang and Tok kalau dorg still bernafas... And I know, although they were'nt here, dorg tetap bangga dari jauh... Al-Fatihah to both Pak Njang and Tok. Amin.


We miss you Tok, badly!!

Saturday, July 16, 2011

Breastfeeding and its tools...

Kali ni nak cakap pasal breastfeeding lak. Asyik cakap pasal baju baby je kan... hehe!
Ok, ape yang best pasal susu ibu ni? ade la lebih kurang 12 kebaikan dalam menyusu anak kita dgn susu badan. Check it out!

1) Susu ibu lebih mudah dihadamkan.

2) Susu ibu tidak mengandungi bahan2 kimia. Ingat tak kes melamin dalam susu bayi di China? Haaa, kita tak tau sejauh mana selamatnya susu2 formula untuk bayi kita, so susu ibu memang pilihan yang paling tepat, sebab confirm tak ada bahan2 kimia yang berbahaya!

3) Susu ibu menjimatkan kos & masa. Susu formula kebanyakkannya mahal2 dan memerlukan anda membancuh dan menggunakannya dalam tempoh masa yang terhad. Dengan susu ibu, tiada masalah! Tidak ada kos tambahan, bersih dan menjimatkan. Stok susu sentiasa ada dalam badan, so bila anak merengek nak nenen, angkat jer baju, susu dah tersedia.. heheheh

4) Menyusukan bayi anda mengurangkan risiko terhadap kanser payudara. Ini adalah kajian dari Collaborative Group on Hormonal Factors in Breast Cancer (2002). So, mencegah adalah lebih baik dari merawat, kan? Jadi janganlah malas menyusukan bayi anda :)

5) Susu ibu mengandungi Imunisasi kepada penyakit dan membantu membina sistem imunisasi dalam badan bayi – 80% dari sel dalam sus ibu adalah macrophages, iaitu sel yang membunuh bakteria, fungus dan virus. Bayi yang menyusu terlindung dari pneumonia, botulism, bronchitis, staphylococcal infections, jangkitan telinga & German measles (campak).

6) Susu ibu mengandungi nutrisi yang terbaik!

7) Menyusukan anak mengurangkan risiko ibu dari menghidapi kanser ovari.

8) Menyusukan anak membantu mengurangkan berat badan ibu! Haaaaaa, ni semua mesti ibu2 suka baca.. Heheheh.. maklumlah, masa mengandung berkilo2 berat di”ternak” dalam badan.. hahahah.. Buat pengetahuan pembaca, setiap sesi menyusu membakar 500 kalori sehari! Itulah sebabnya, ibu2 yang menyusu badan lebih cepat kembali ke bentuk badan yang asal daripada ibu2 yang memberikan anak mereka susu botol.

9) Susu ibu amat disyorkan oleh World Health Organization & Unicef!

10) Susu ibu membantu mengeluarkan meconium dari perut bayi – meconium adalah sejenis lendir melekit yang memang sedia ada dalam usus bayi. Kolastrum @ susu awal ibu, adalah merupakan cecair unik yg boleh mengeluarkan lendir itu dari perut bayi.. Subahannallah.. betapa hebatnya ciptaan Allah ini :)

11) Susu ibu memelihara bayi dari penyakit Crohn – Penyakit ini adalah penyakit yang berkaitan dengan usus. Penyakit ini sangat kronik. Ia adalah radang perut yang boleh menyebabkan bengkak pada bahagian dalam usus. Penyakit ini sangat susah untuk diubati, tapi kajian menunjukkan susu ibu dapat menghalang dari bayi untuk menghidapi penyakit ini.

12) Menyusukan bayi anda dapat mengurangkan risiko menghidapi kanser endometriosis.

Ok, rasanya cukup untuk kita tahu 12 kebaikan tentang menyusu badan. Nnti kita sambung lagi ya! So pada ibu2 atau bakal ibu2, jom kita mula meyusukan bayi kita hari ini!


So, bagi aku yang memang bercadang untuk breastfeed anak dalam paling kurang 6 bulan, aku dah ready dengan mekanism yg patut...


1) Breastpump. Be it manual or electric, semua ikut kemampuan masing2. Macam aku, aku pilih manual dulu sebab aku dh tgk review orang lain semua cakap manual pun enough utk trigger aku susukan baby. Tapi dgn syarat kena rajin la...

Philips Avent Isis Manual BreastPump - My choice! ;)


So, kawan2 aku cadangkan untuk yang bajet ciput mcm aku, pilih Avent Manual Breastpump. Review dia aku tgk, ramai yg cakap suction tak menyakitkan dan sangat menyerupai electric breastpump yg sedia ada. (yg ni manual tau!) Kalau Retail price kt kedai dlm RM289. Tapi kat internet boleh dapat dalam RM180-RM200. Tak kisah la nak beli kt mana2 pun. Bagi aku sama je kualiti. Made in UK gak kan.. hehehe! Mcm adik ipar aku dia beli kat Parkson ade 20% disc. Aku beli kat myavent.blogspot.com dapat dalam RM169 incl. postage!! ;)

2) Cooler bag - ni mmg khas untuk ibu2 berkerjaya. senang nak simpan susu yg dh dipump especially ms kt ofis. time lunch boleh pump puas2. pastu simpan je botol storage tu dlm cooler bag.

3) Ice packs - ini wajib ade la kn.. kalau xnak ade, kena beli ais kiub tiap2 hari. Mane lg jimat?? baik beli ice packs kn! balik boleh sejukkan balik dlm fridge. senang!

4) Storage bottles - ini untuk isi susu yang diperah direct from breastpump. terus je tutup and masukkan dlm cooler bag! pastu, habis working hours boleh balik rumah and tadaaaa! boleh susukan baby direct from storage bottle tu if its comes with caps n teats. mudah kan? yg ni aku recommend avent jugak la... Beli yang newborn kits. Ade dalam 2x4oz n 2x8oz bottles siap dgn caps n teats... Kat internet boleh dapat dalam RM170. Kalau kat kedai RM269. Mane lebih jimat? PES bottle tau! Ataupun boleh jgk dpt Autumnz storage bottles. RM36.90 kt online. Kt kedai tak sure berapa harga. Tapi mudah didapati kt any Jusco, kedai baby etc. ;)


Friday, July 15, 2011

Changes...

Now dah masuk 27 weeks... dah mula merasa sakit badan yg amat... Malas nk gi keje pn ade. :P Baby S makin aktif. berapa kali gerak dlm sehari? jgn cakap la... Rasenye penah sekali tu smpi almost 100 kicks n hiccups kot. tak larat nak kira. Malam nak tidur baby S leh shuffle dalam perut sampai senget2 perut aku ni. but i really enjoy it! sebab ramai yg cakap, nanti dah bersalin, benda2 macam ni la yg aku rindu.. ermm, xpe... telan je balik baby S nanti.. hehehe! Mommy kejam!


Other than that, im suffering from insomnia. Tengok lah sekarang, dah pukul 2.40 pagi pun belom tidur. takde rasa mengantuk pun. yang ade, cuma rase lapar. haha! mane la tak gemuk mommy baby S ni... Duduk pun takleh santai2 dah. semua kena dok tegak. dahla aku ni memang jenis membongkok. memang sakit badan habis la. Ku tahankan jela demi baby S. Nanti keluar, tahu la aku nak cubit n tokak dia.. Daddy dia dah ready nak gomols habis2an.. Belom keluar lg pun perut aku dah jadi mangsa gomolan dia tu.. iskh3!


Ok, sebenarnya xde idea nak cakap pasal pe lagi dah... makin malas nak perah otak. tapi yang pasti, aku suka baking masa mengandungkan baby S. nanti dia keluar pun mesti suka baking. *harapan...* To Baby SOFEA, cepatlah keluar!!! taknak overdue ok! mommy tak sabar nak peluk ni...




;-))))))

Saturday, July 2, 2011

@ 25 weeks

Thursday, June 30, 2011

105 days and counting... (week 25)

Woaaahhh! Tak lama je lagi.. Everytime tengok ticker updates rasa mcm tak percaya je tak lama lagi nak jadi Mommy... Ngeee~! Dah takleh nak banyak songeh la pasni.

Tapi syukur Alhamdulillah, layanan suami masih seperti dulu. Alaaa, macam zaman bercinta n mcm masa mula2 kawen dulu. But now lebih bertanggungjawab. Kesian kadang2 tengok dia malam2 bangun buat itu buat ini setiap kali aku tak sihat, kaki cramp dan segala mak nenek lagi...

Walaupun baru mencecah 6 bulan 1 minggu, aku dah tak boleh tidur macam dulu lg dah (tido ganas!) Setiap kali nak ubah posisi kena hati-hati. Some more, baby makin membesar n makin menghimpit saluran pernafasan aku. Everytime solat pun aku solat duduk je. Dah tak larat nak bangun tunduk 2-3 kali. Tapi aku still kuat berjalan. Laju lak tu! Hopefully tetap larat berjalan sampai nak beranak nanti.

Alhamdulillah jugak kaki tak membengkak setakat ni. In fact, masa Kursus Induksi lepas aku siap join group aku buat aktiviti lagi.. Haha! Degil kan aku? Nak buat mcm mana, dah biasa hidup lasak... :P

Ok la.. Tak mau citer banyak2.. Sebab nanti ade orang dengki dgn aku. Haahah! So kita cuci mata je la dengan baby clothes yang dah sempat aku beli... ;)




Baby booties
Ade 2 saiz
fits 0-3mths
4-9mths
Add Tomei Nomei @ FB.
The price sgt2 BEST!!!




Baju jalan2 Baby S!

Oh ya... Dah pilih nama Baby.
Tp buat masa sekarang let it remains as initial "S" dulu la ek!
Dah confirm keluar nanti baru announce... Hehehe!





Disebabkan Baby S lahir 2 weeks before Raya Haji,
Mommy n Daddy dah belikan baju Raya siap2... hehehe! Baby Poney...





Koleksi ni dah lama beli masa aku 4-5 bulan pregnant.
Thats why banyak kaler biru n putih.
Sebab tak confirm boy ke girl time tu..
Hehehe!


Dapurku Berasap Lagi...

Pekasam Goreng Bawang + Cili Kering!


Percaya atau tidak, ni la first time goreng pekasam without any guidance from Mama or Umi.
From scratch ok! Selalu ade orang kat sebelah... Ngee~!

Thursday, June 9, 2011

Thank God finally its home! ;)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Akhirnya... Kat rumah jugak tempat dia setelah sebulan aku perap kat rumah aku di Shah Alam.
Seronok sangat bila finally dapat gi amik stroller ni...
Actually, this one was ordered thru my fren. She helped me bought it from UK factory.
Memang worth the buy la compare to Malaysia's RRP. Kalau kat sini if tak salah aku around RM1699 - RM1899

Tapi for this set from UK factory, aku dapat RM1300 nett. Ok la kan. Jimat around RM400-RM600.
The balance of 400-600 tu leh la buat belanja beli Baby Cot + Breast Pump which is next on my shopping list! hehehe!



This is the box - This stroller quite ringan. Even aku yg preggie ni pun leh buka n assemble sendiri. Cuma bahagian base/frame dia tu kena keluarkan slow2 skit la.. other than that, mmg very light.


Hahaha! Wahhh! tak pernah sesuka ni tgk stroller baby. :P



Tadaaa! In complete form... Very nice kan?

Mak Mertua aku tanya, "Nape merah? baby boy ke baby girl ni?
Hubby "tak kisah la mana2... Merah pun masuk dgn boy..." (tak bg tau Umi lg sbb nak tggu adik ipar scan dlu.. keji tak?)
Mak Mertua: "Berapa harga ni? Boleh pakai umur brp?"
Hubby: "dari lahir smpi besar pun leh pakai.. tengok ni! smbil buat demo...Harga, jgn tanya berapa.." (aku rs laki aku la yg paling excited. ape2 je benda yg dia beli utk baby, dia akan tunjuk pd Umi...)




Oh, this creature is verrryyyy the jakun. Kesian dia. Dari benda ni smpi kat rumah malam td, dia excited semacam je. Maybe ingat brg ni dia punya kot. Masa nak assemble pun dia sibuk2... even dah assemble pun dok cium2 bau stroller. Suka bau kedai agaknya.. :P
Kitorg everytime gi shopping, without failed belikan dia something. Well, haruslah cat's toys kan.. hehehe!


Okeh! itu je la kot utk entry kali ni. Later2 update lagi benda baru ok! ;)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Thursday, May 26, 2011

Sumber Makanan Berkhasiat Boleh Merangsangkan Penghasilkan Susu


Nutrien:

1. Kalsium:

* Sumber makanan: Susu dan hasil tenusu, ikan yang tulangnya boleh dimakan (seperti sardin dalam tin, ikan bilis), kacang dan hasil kekacang termasuk dhal, tauhu dan tempe, sayuran seperti bayam, selada air, daun mustard, cekur manis, daun ubi, kailan dan brokoli, produk diperkaya dengan kalsium seperti susu berkalsium tinggi, yogurt, bijiran sarapan pagi, biskut dan nasi


2.Zat Besi:

* Sumber makanan: Kerang, ikan bilis (keseluruhan), hati, daging tanpa lemak, ayam, telur, kacang kuda, tauhu kering, pucuk paku, peria, bayam dan kangkung


3. Iodin:

* Sumber Makanan: Makanan Laut seperti kerang, kupang, ikan air laut, rumpai laut, daging, susu dan hasil susu bijirin, kekacang yang dikeringkan dan buah-buahan yang dikeringkan


4. Zink :

* Sumber Makanan: daging, ikan, kerang, kekacang, biji benih, bijirin-bijirin penuh (terutama bran)


5. Folat:

* Sumber Makanan: Sayuran berdaun hijau,kacang bendi, asparagus, kekacang, hasil bijirin, yang diperkaya dan hati


6. Vitamin A:

* Sumber Makanan: Hati, susu, telur, buah-buahan berwarna kuning dan merah (mangga, betik), sayuran berwarna kuning dan merah (lobak, labu), dan sayuran berdaun hijau


7. Vitamin B1:

* Sumber Makanan: Ragi, kekacang, produk yang diperkaya seperti roti, bijirin dan biskut


8. Vitamin B2:

* Sumber Makanan: Kekacang (kacang kuda, soya,kacang merah dan kacang hitam), daging, telur ayam dan ekstrak daging


9. Vitamin B3:

* Sumber Makanan: Daging, hati, ikan bilis,kacang dan kacang-kacang lain, bijian penuh dan tepung gandum mil penuh


10. Vitamin E:

* Sumber Makanan: Minyak sayur, biji benih, kacang dan bijirin bijian

Wednesday, May 25, 2011

As @ 24th May 2011, we're expecting...

Expecting ape??


.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Baby la!

Tapi baby ape???

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Oh, Doc Kamariah cakap....

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.
.

.

.

.

.

.

.

.

.



Huhu! Syok to the MAX!!!


Tapi InsyaAllah... Mane tau kot2 Doc tu silap tengok ke or baby saje je nak trick Doc, Mummy and Daddy dia.. Who knows rite?!


Sunday, May 22, 2011

Sticky Post - Doa & Amalan ketika Mengandung.

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".


Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya. Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat.Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.

Memperbanyakkan membaca Al-Quran, ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaanya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.

Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.

Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil
Sebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:

- sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.
- sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
- jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam
keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
- Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
- jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
- hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
- bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
- cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
- berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
- bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.

Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil
- menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami
- menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.
- Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
- jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
- hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
- apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
- berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
- jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
- jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
- jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
- jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.

Wednesday, May 18, 2011

Memory Lane


Tok @ my wedding reception, 20/12/2009.



Tok @ Burger King, KLIA - 21/12/2009.



My grandmother (Tok) passed away last Friday, 13th May 2011 @ 8.50pm. I'm sad. I cant deny it. But at least Tok's sufferings ended.

I love you Tok. That's the only thing I wanna say to you if you can hear me. I appreciated all your sacrifice. I grew up under your guidance, and thats one thing that I should have thanked/told you a long time ago. But I know, as a grandmother to her granchildren, Tok will forgive me eventhough Tok is no longer around me(secara zahir) but you'll always be in my heart Tok, will always be remembered.

Thank you. Thanks a lot. Thank you so much Tok. I became a great person because of YOU... "Tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia." That's you Tok. I am grateful to have you as my grandmother. Rest in peace Tok, until we meet again... ;)


Masa tgk Tok dikafankan
KN rasa nak pengsan
Itulah kali terakhir dpt tengok muka Tok
Lepas ni jumpa dalam mimpi ja

KN jarang belai Tok
tapi KN sayang Tok
lepas Tok selamat dikebumikan
KN cari n simpan telekung n kain batik Tok
buat kenangan dan lepas rindu

Terima kasih Tok
jaga KN dari kecik smpai besaq
Halalkan makan minum yg pernah Tok bagi

Terima kasih Tok
sebab restui perkahwinan KN
and thats the memory yang takkan KN lupakan
KN akan cerita pada cicit Tok nanti

Tok, mungkin Tok tak dgr dr mulut KN sendiri
Tapi KN mengandung cicit Tok
KN minta maaf
segala tunjuk ajar Tok
akan KN sampaikan pd cicit Tok nanti

Nanti kita jumpa lg Tok.
InsyaAllah...

Monday, May 16, 2011

Thursday, May 12, 2011

Yeapp! Its true ans its official. This is me, at least for now... :P


18 weeks pregnant.
22 weeks to go.
Bertahan baby. We'll meet soon! ;)

Barang Keperluan Baby


***Hubby yang memahami minat aku sekarang.
Mini Shopaholic by Sophie Kinsella from Hubby n book thong from MPH. :)




Tadi lps keje, Hubby bawak aku pi jalan2 Midvalley. Best! Tengok2 barang baby. Rasa macam nak beli semua yang aku nampak je. Tapi Hubby larang aku. dia ckp "sabar, hujung bulan ni insyaAllah tahu gender. time tu baru beli baju outing untuk baby." hehehe. kalau korg nak tahu, aku dah setel beli baju baby. :P banyak aku pilih kaler putih n biru. some of them ade kaler oren, kuning, hijau.. but not too obvious la kaler dia. sesuai dengan baby je.

Tapi tula, risau jgk ni... rasa macam banyak lagi barang baby yang besar2 blom beli. Takot tak menang tangan dan duit poket je nak membeli. As of now, aku kena stop dlu pembelian baju baby sbb dah cukup kuota. tinggal barang untuk breastfeeding je blom beli except Avent bottles n sterilizer.

So, listed down here aree the senarai barang2 yang aku perlu beli and by posting it in here bukan sebab nak menunjuk. but as a reminder for me and also for any mom-to-be out there yang mungkin pertama kali nak dapat baby kan. so, experience tak banyak lagi. macam aku jugak la. Kalau ade pape yang tertinggal, harap2 boleh share la ek. Thanks!

FEEDING

1. Electric Breast Pump

2. Milk storage plastic/bottles.

3. Cooler bag for milk

4. Feeding bottles – Avent

5. Bottle brush

6. Liquid wash for feeding bottles

7. Nipple cream

8. Nursing pillow

9. Sterilizer

10. Warmer

11. Drying rack

BATHING/BABY NEEDS

1. Bath tub

2. Baby bath stand

3. Hooded towels

4. Baby shampoo/bath gel

5. Baby lotion

6. Baby oil

7. Baby wipes

8. Cotton roll

9. Cotton buds

10. Sebamed baby cream

11. Nail grooming set

12.Comb set

13.Washing detergent for baby clothes

a. Nappy changing mat

14.Wash cloths

15. Face cloths

16.Spray bottle

17. Air badak

18.Nose saline water

19.Thermometer

20. Nappy rash cream

21.Nappy liners.

CLOTHING

1. Mittens & booties

2. Diapers for newborns – huggies (baru beli 1. Need some more.)

3. Swaddle/receiving blankets

4. Baby clothes (walaupun dah cukup quota, tlg lah hadiahkan jgk ye.. hehe)

5. Baby binder

6. Napkins – need 2 dozens more.

7. Socks

8. Pre-walker shoes – need 1 more.

TRAVEL SYSTEM

1. Stroller

2. Car seat/baby carrier

3. Travel/diaper bag

4. Nursing poncho

BEDDING

1. Pillow + bolster

2. Baby cot

3. Mattress

4. Dresser/changing table

5. Play pan

6. Musical mobile

7. Bassinet

8. Mosquito net

9. Springer

10. Springer cloth

11. Baby blankets

OTHERS

1. Rocker/bouncer

2. Play mat

MOMMY NEEDS

1. Delivery pads

2. Nursing bras

3. Nursing pads

4. Bengkung

5. Kain batik