FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

WEDED BLISS

Daisypath Anniversary tickers

OUR GIRL

Lilypie Second Birthday tickers

OUR BOY

Lilypie First Birthday tickers

EL TIGRE (TIGRA)

PitaPata Cat tickers

Wednesday, March 30, 2011

Bertungkus lumus

Okeh, sebenarnya entry kali takde kaitan sangat dengan tajuknye...hehehe. Tapi boleh la nak link kan kalau korg pandai kaitkan ceritanya dengan tajuk tu.

Tak ramai orang dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya (i mean, lahir2 je bapak dia jutawan..). Like myself, Alhamdulillah aku dilahirkan dalam keluarga yang senang. (tp belom tahap jutawan) and sape lak yang tak pernah termimpi kahwin dengan org kaya kan? Tapi bagi aku, cukup kisah hidup aku sekadar fairy tale, lives happily ever after and it doesnt matter suami aku kaya atau tidak asalkan dia pandai cari harta untuk pastikan anak bini tak kebulur.

Sejak preggie ni, Alhamdulillah rezeki kami melimpah ruah. Rezeki anak kan... Aku? bertungkus lumus berkerja pagi petang. Walaupun macam mana aku usaha pun gaji tetap sama yang aku dapat tiap2 bulan (gomen) tapi aku puas hati dengan pencapaian aku setakat ni.

Ok berbalik kpd cerita tak semua orang dilahirkan kaya raya tu, sejak kecik kalau nak pape aku rasa mak bapak aku bagi je. tapi tak la semua benda. gila ke ape? habis tu takkan minta kereta pun abah nak bagi kn? ade la batasnya... I mean, nak beg sekolah baru senang2 je dapat. Tapi, when it comes to gadget kena belajar pandai2 rajin2 score bagus2 dulu baru dapat.

Contoh, adik aku nak PS2 (masa zaman dulu2), kena simpan duit dalam tabung dulu baru leh dapat Ps2. Macam aku, masa kat U nak h/p baru kena pastikan buku rujukan semua dah setel beli baru leh beli h/p baru. Apetah lagi bila nak pakai kete abah untuk bawak gi kelas (baru minta bwk, belom minta kete baru...) pun aku kena nangis puas2 baru abah nak bagi. Siap letak syarat lagi. "Kak ngah kena blajaq rajin2 la tau..." and hasilnya, lahirlah insan yang bergelar graduan Undang-undang seperti aku... muahahaaha!

Bila dah kerja, earn gaji sendiri... Ofcoz la teringin nak ade kete sendiri kan? yang bulan2 bayar sendiri pakai duit gaji sendiri kan? memula calculate, mampu beli sampai tahap Toyota Vios or Honda City. Cakap kat abah nak beli kereta. Abah cakap "hang beli myvi sudah la ngah... senang. nanti duit banyak lagi nak pakai.." And being anak yang dok jauh diperantauan, aku dah leh faham betapa tingginya pengorbanan mama and abah. Aku pun tak banyak tanya kenapa dia tak bagi aku angkat itu Vios.. Uwaaa! tapi aku pasti sebab taknak aku ikat perut demi bayar kete mahal2 untuk org bergaji ciput mcm aku ni. So, aku akur. Aku angkat itu myvi. hehe. in fact, sampai sekarang masih setia dgn myvi and takde intention nak tukar baru. kalau nak kete baru pun aku bermati-matian takkan jual myvi yang byk berjasa tu...

Sampai sekarang, after dah 3 tahun keje jd gomen servant ni, im still the same person yang pegang prinsip u need to strive to get what u want. Regardless la ape benda yg kita nak. nak pi melancong ke, nak kete baru ke, rumah baru ke, kasut baru ke... semua u have to usaha sendiri. Lagipun, lain orang lain rezeki kan? So, pencapaian aku yang terkini... Aku berjaya merembat sesuatu seperti gambar di bawah setelah sekian lama jaki dengan orang lain bawak kehulur kehilir bendalah tu.. hehehe!





Yes, you are not dreaming. Its an Ipad. But not the latest Ipad II. Its not within my budget and i dont see why i need to get an Ipad II mcm org lain. hehe. So, enough for standard Ipad for me. Its 32gb wifi + 3g. Sold out @ Machines KLCC. ;)



Oh ya! this is my latest bag acquisition. Marc by Marc Jacobs (MBMJ) Nylon Tote in Coral.
Stunning!




P/S: some friends pernah tanya dapat mana banyak duit untuk semua benda ni. my secret (not a secret anymore..) is that, u need to believe in yourself that u can afford it. Trust me, it works~ and if you dont, please read RICH DAD POOR DAD and RETIRE YOUNG, RETIRE RICH by Robert T. Kiyosaki. Lepas baca, surely ur perspective dlm ur daily life akan berubah. InsyaAllah.

Sunday, March 20, 2011

...



I'm a LAZYBUM!

Wednesday, March 16, 2011

Positive

Seperti yang aku bagitau korg dlm entry "Allah has answered my prayers" sebelum ni, Hubby is the happiest man on earth. ;) dan tak terkecuali diri aku sendiri. Memang good news ni pun yang aku nak selama ni.

Syukur Alhamdulillah, sekarang dah masuk 10 minggu in which InsyaAllah, menurut Gynae aku akan lahirkan baby pada 13 Oktober 2011. hehe. Best! Sebab aku dan hubby nikah pada 3/10/09 dan Birthday Hubby jatuh pada 21/10 and also not forgetting my mom's birthday on 2o/10. So, ade la 4 in 1 occasion dalam Oktober every year kan! [kopak!]. ;P

Ok kali ni nak cerita macam mana aku boleh tahu yang aku pregnant. Its up to you guys ok nak baca ke tak. Kalau rasa bosan tak payah la baca ek coz this entry is going to be a very longgggggggg entry. hahaha!

Ok, mungkin tak ramai yang tahu. Aku dan suami masa sebelum kahwin lagi dah plan. Kalau after a year tak dapat conceive lg, terus nak dapatkan rawatan dari pakar. So, lepas genap 1 tahun kitorg kahwin, kitorg terus gi jumpa dengan Gynae di GH. Dari situ, kitorg di rujuk ke bahagian Infertlity untuk buat IUI. So pada 7/2/2011, aku dan hubby took a leave dan dapatkan nasihat dan rawatan kat GH.

Tapi tula, orang ramai cakap rezeki tu ada di mana-mana kan. Ms 7/2 tu, nurse tu pesan kalau datang je period (next one) terus call jabatan diagnostik untuk X-ray's appointment. So, lepas dptkan rawatan pd 7/2 tu aku dan hubby terus ke Mid Valley jalan2 cuci mata.

Masa tengah dok jalan2 tu aku terasa macam ade something discharge from my vagina n masa tu tak tunggu terus gi toilet tgk kot2 dah period. Yes! memang period tapi yang pelik period kali ni macam warna coklat - dalam bahasa kotor skit, macam najis pun ade. aku tak bawak panties spare masa tu. so nak taknak, terpaksa la pakai 'pad' je dulu.

Then kitorg jalan2 macam biasa. Tapi pd ms sama aku rs sakit kat bhgn vagina. Tapi masa tu aku fikir normal la kot period baru nak keluar. Malam tu, terus kitorg balik rumah. Tapi keesokan hari bila aku bangun pagi, period tu dah tak keluar lg dah. Aku jadi pelik. Tapi in my case, this is very common sbb sejak aku kahwin period aku cam lembab sikit nak discharge. Jadi aku biarkan je la.

After a few days, in fact after a week! masa tu aku ingat lagi hari Maulidur Rasul, 16/2/2011 12 Rabiul'awal 1432H, aku rasa pelik sangat dengan diri aku. Im supposed to have period at that time. Tapi breast rasa sakit yang amat. Perut rasa macam banyak sangat angin and ade milky discharge. Dalam hati masa tu... "Aku pregnant ke? Iskh tak mungkin la..." Seminggu aku diamkan dari Hubby. Sian dia. and ms 16/2 tu kebetulan gi farmasi. Aku dah tak tahan nak simpan rahsia lama2 dari hubby and also kemusykilan diri ini, so aku pun beli la UPT.

Balik rumah, sorok2 UPT tu from hubby. Taknak dia simpan harapan. Lepas Isyak aku terus masuk toilet bt UPT (curi2 masuk toilet boley?). Kuasa Allah SWT. Masa baru masukkan my urine dalam UPT tu, aku terus terperasan ada 2 line pada UPT tu. Hati dah mula dup,dap,dup,dap... "Betol ke ape aku tengok ni? eh xpe la.. tunggu la 1 minit dlu baru tengok lagi sekali.." Lepas 1 minit aku tengok lagi sekali and tadaaaa! good news! im Pregnant!
Aku rasa nak nangis je time tu. Tapi aku tahankan je. Belum sempat masuk bilik, dah jerit2 panggil Hubby "B!". Masuk je bilik, aku terus tunjuk and terus menangis. Hubby masa tu macam blur2 lg. Dalam nak percaya atau tidak. Aku terus lompat kat dia and terus peluk dia... Menangis teresak2 masa tu... (drama queen ;P).

Lepas tunjuk kat Hubby, dia pesan jangan excited lagi. Tunggu gi confirm dengan doktor dulu. So off we go to meet Dr Darina @ Melawati. Dia yang dari awal sampai ke sudah tahu perkembangan aku. Sakit apa semua dia tahu. So, we gave her the honor untuk sahkan my pregnancy. ;) and YES! it is CONFIRMED that I am pregnant!

Hubby masa tu memang muka berseri2 gile! First person yang aku call is my Mom! Tapi being Nabilah yang tak pernah nak cerita hal peribadi sgt kat Mama, aku jadi kekok. I dont know where to start. Even, aku minta Hubby yang bgtau mama boley? Hubby membebel, dia cakap "She;s ur mom. U should tell her own ur own.. not me..." btol jgk.. Kalau hubby yang bagitau mesti dia kecik hati kan.

So, like Ive told u before... I am 10 weeks now. So far, aku tak suffer from severe morning sickness. Alhamdulillah. Cuma masa awal2 dulu ade Nausea dan aku dah berjaya hilangkan Nausea dengan mengunyah kekacang, biskut, roti or anything yang ade kat rumah tu.. hihi. In fact, aku bawak bekal biskut everyday dalam bag! ;)

Tapi one thing yang tak best, aku tak boleh bau hanyir. tak kisah la ikan ke, ayam ke, daging ke...as long as it is smelly/couchy terus aku tolak ketepi pinggan aku tu.. hihi. and one thing for sure! I turned out to be a vegetarian. Semua sayur aku makan. Paling bahaya bila makan nasi campur kat kedai. Semua jenis sayur aku nak makan. ;P

Oh ya! masa kandungan 8 minggu, aku terus gi scan kat Pusat Perubatan Naluri @ Wangsa Maju and had registered myself untuk deliver baby kat situ. InsyaAllah. Masa first time scan tu memang risau jugak la sebab tak pernah tengok baby lg kan. So, masa mula2 nampak tu, aku almost burst into tears. Hubby takdenye nak nangis, excited lg ade. Aku? mana tak nak nangis, tak terasa masa berlalu dgn cepat in which i am now 27 yrs old and going to be a mother soon! with a baby in the belly... I believe for those yg dh jadi ibu pun pernah rasa mcm aku rs kan?

So i think thats all for now. Later2 will update more and dont worry when the time comes aku akan reveal whether its a boy or a girl! hehe... below, aku nak kongsi beberapa gambar sepanjang pregnancy aku ni.




Me - 8 weeks pregnant! :P

My First Year Baby Book. A gift from Khairi & Wife!
Now I can fully utilised it. hehehe.



Our baby's first picture. Can u spot its heart? ;)

Saturday, March 5, 2011

Geram sangat2 dengan budak sorg ni!!!

Hihi... My 18 months Nephew, Azri Haikal. Cute budak ni... Yang kelakarnye, dah ikut jejak kakak dia, Balqis Aina berjaga lewat2 malam. Ajak my brother Anas (Paksu) main bola pukul 3 pagi okay!!! Tengok la gambar bawah ni. Siap pegang bola lagi. Memang kelakar. Kalau balik je, kaki tu dah siap nak menendang... Siap buat koleksi bola lagi tau! Macam2 jenis and kaler bola dia ade... Tak larat nak menyimpan... ;P




This one pulak... "Lepas kena arah dengan Paksu keluar padang... Kena kad merah... Siapkan assignment last minute!..." nak tau ni pukul berapa? 3.30 pagi okeh! mampos melayan budak macam ni... Tengok mata pun dah tau mengantok. Tapi degil nak berjaga... Haikal2... miss u so much! ;)

Saturday, February 26, 2011

Pregnant Mommy needs new shoes and bags! Hahahaha!

The title says it all... Semalam beli kasut baru khas for my pregnancy. Hush Puppies Ballerina (sebelum ni bukan big fan of ballerina... Flats pun baru berjinak nak pakai setelah kaki melecet teruk akibat berlari ms kat mahkamah... ;P)

And tadi, lepa teman Hubby gi shopping his LV shoes @ GLAMPOT, Hubby ajak aku gi OU and belikan aku a new bag khas untuk baby/diaper bag.. Terlebih sayang? hihihi... Maybe la kot...So, enjoy the pictures.






Love this! Dah campak2 barang pun still tak penuh. ;)


Friday, February 25, 2011

My Desginer's Collection

Ok. Kali ni memang takde mood nak cerita pasal my pregnancy since masa tengah type entry ni pun rasa loya... So, just nak share on what I have and some experience about having it and using it. Take note that all items showed in this entry, hanya items yang aku berjaya eraned sepanjang aku kerja la ok... So, mana2 yang parents bagi takkan di masukkan dalam entry ni. ;)



Longchamp Le Pliage Medium Short Handle
Ni taktau nak justify mcm mana sbb belum dapat dari seller lg.
Tapi so far tengok ramai yang pakai. So i think its quite practical la kan..
So, aku beli ni tujuan untuk buat baby bag. ;)


Hush Puppies Ballerina. Memang Comfy! and gorgeous sangat2...
Dah 2 kali tengok/ushar kat butik and baru semalam berjaya rembat kat The Curve.

Poppy Legacy Stripe Wristlet. Memang comel.
Tapi takleh belasah sangat since its in fabric.
Tapi saiz dia yang agak besar memang sangat puas hati
even boleh dijadikan sebagai H/P pouch.



Lewre. Shoes Designer. Harga berpatutan. Kasut ni memang gorgeous
and mampu buatkan ur kaki looks sexier (utk yg kaki mmg dah sexy ;P)...
and the color i.e brown, mmg sgt2 sesuai dgn design ni. Well Done Lewre!


Braun Buffel wallet. Bags Designer.
Aku suka sebab kaler dia. Kalau nak ikutkn, size yg aku amik ni tak praktikal sgt..
tapi sebab aku tak suka wallet pjg, so this size would be enough for me.


Coach sunglass. Worth buying!
memang tak sakit mata and sangat2 comfy bila dipakai.


My Very 1st LV. Sangat Classy. Walaupun beg ni paling murah dalam keluarga LV selepas NVF... Aku tetap bangga dpt memilikinya.. Sebab kalau korg tak pecaye, cuba tgk org yg bawak beg ni... Semuanya nampak mcm loaded kan? hahahaha! Even org yg dh ade Chanel pun ckp benda yg sama. ;P


My 1st Gucci shoes. Memang best. tapi a bit panas kalau pakai time hari panas la..hahaha


Kristin (Coach) ~ going to be mom's soon! spacious and sgt gorgeous!



Coach Ponytail - cutee!



My Hantaran ~ beg ni sgt2 worth buying... very practical, boleh bt diaper bag..hihi!



My 1st Coach 0 hasil bidding kt Ebay. Comel sesuai dgn nama = Coin Purse ;P



Coach Parker - All Time Fav. Sebab besar, sgt sesuai bwk gi keje.
Sgt tak sesuai utk dibelasah. Hahahaa!



My Hantaran jgk. Tissot. Best! dan elegant!

Tuesday, February 22, 2011

Wordless Wednesday

CraftsFrenzy - Menerima Tempahan Bunga Pahar (Bunga Dip, Bunga Stokin, Bunga Kristal etc)

Ok. Kali ni nak promote my aunty (not so aunty laa... when she's younger than me ;P and its not bout promoting he to guys out there. biar dia cari Jodoh sendiri...) Tapi title tetap aunty. Tiap2 Raya salam dengan dia kena cium tangan, kalau tak derhaka! wakakaka!

She was my maid-of-honor masa my majlis sanding in Kedah back in 2009. So, nak jadikan cerita. masa sibuk dok buat preparation for my majlis, memula ingatkan nak buat bunga pahar sendiri. Pastu, lepas buat lebih kurang 10 cucuk, aku give up! Sebab bukan tak menjadi. Tapi sebab tuntutan kerja yang melampau2. Nak2 lagi time tu aku kat Melaka. So, jauh dari keluarga aku dan juga keluarga mertua and takde orang lain nak tolong aku siapkan bunga pahar tu... Nak harapkan adik ipar? Harapannnn.... hehe

Last2 one day my sweet aunty ni ade pomot her hand-made crafts la.. So came across untuk order je dengan dia. Masa ni memang aku pujuk kaw2 la dgn dia.. minta dia buat 100 cucuk memula... dia mula2 mcm reluctant. Note that dia pun Aviation Trainee... So, dia pun ade tuntutan kerja dan kelas. So, pujuk py pujuk berjaya jugak la... At the very last minute takut tak cukup, aku tambah lagi 50 cucuk... Pening kepala mek ni. hahaha! Tapi masa ni disebabkan masa dah suntuk aku cakap la "Buat ja mana yang sempat. Just nak penuhkan pahar tu ja...Tapi kalau leh buat lebih bagus la sebab leh bagi kt orang lain...". So, dia pun cakap dia akan cuba buat 150 cucuk.

So, mesti korg nak tahu kan ape end product dia? perghhh! memang cantik habis la.. Ngam2 dengan kaler tema aku. Merah, Putih & Gold... So, pada yang bakal menjadi Raja Sehari, masih tercari2 orang nak buat bunga pahar dengan harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran, pada mak2 yang dok pening korek tabung nak dapatkan bunga Pahar Dip yang nowadays RM15 secucuk, lets mari cuci mata. Kalau berkenan, silalah melawat CraftsFrenzy... Order boleh dibuat dgn my aunty, Asmahan / HanHan.



Bunga Pahar Dip Tema Merah Putih



See the dais and both bunga pahar? Memang sesuaiiii kan??




PRICE?
Seperti di bawah. (Click to enlarge)


Berpatutan kan?
She even ambil orders for bunga tangan, bunga dulang, paperbag etc. ;)

Morning Sickness

Nama dia memang tak sesuai untuk penyakit 'buatan orang' yang menjadi2 bukan takat waktu pagi je ok! Tengahari, malam... bila2 pun boleh... Even masa tengah berhujah depan Yang Arif pun aku rasa cam nak contempt je and lari gi toilet... hihihi!

Setakat ni jupe je sape2 kat mane2, semua dah bertanya... "ade alahan tak?", "alahan teruk tak?" etc... Aku pun sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana. So far, muntah2 sebab morning sickness takde la lg. Tapi dah start rasa mual, loya and hilang selera bila tengok nasi! NASI ok!!!... :P So, bolehkah itu semua di anggap morning sickness? aku tanya ni sebab takde experience on pregnancy. So, bile org tanya dah morning sickness ke blom, aku cakap je la takde! hahahahaa!

So far jugak, takde la aku rasa rimas bila terbau bau perfume suamiku yang semerbak itu ye. (Laki aku hantu perfume!)... So, selamat lagi la sayang oi... Kalau tak, U i halau keluar bilik. Wakaakaka!... Cuma, ade rase rimas dengan suara orang bising2 (ngade2!) and bila Hubby tak bagi perhatian aku macam nak cepat nangis. Serius ok! Nak nangis. :P

Tapi yang bestnye, makan buah memang 1 hari tu sampai 5 biji epal. Now, stok buah kat rumah aku memang banyak. dah macam dusun aku tengok! hihi. Other than that, aku cepat mual tengok nasi, tak kisah la nasi ayam ke, nasi himpit ke, nasi kosong ke...semua aku taknak! Tapi tadi aku kuatkan semangat je makan sbb dah lapar sgt... Tapi kalau makanan berasaskan sup, i.e: bihun sup. mee sup, laksa etc , semua aku nak bedal!

Minum susu pun mcm paksa rela, di tambah dengan acid folic and neurogain yang bau dia hanyir ikan... lalala! memang wa takleh tahan beb! yang bongoknye aku ni... bila dah pegang pil neurogain tu boleh la pulak aku pi ciu tangan aku yang bekas pegang tu tadi. memang la terus terbayang toilet bowl syg oiii! bongok ape ntah! adoiii!

Pastu lak, aku ni every an hour mesti rasa lapar yang teramat sangat sampai mengigil2 nak makan.. Lambat 5 minit je aku mesti rasa longlai. Tapi bila makanan ade depan mata takde la makan sangat pun. Tiap2 hari ade la aku bawak balik sisa makanan berbungkus yang tak habis di makan...hahaha! satu pembaziran! Aku salahkan bapak budak sebab besar sangat! kah3! Anak pun nak ikut jejak bapak, kaki melantak... :P

and.. yang paling penting untuk malam2 hariku, aku make sure tido aku pakai socks untuk hilangkan rasa sejuk di malam hari. Almaklumlah, tido pun beraircond. Pastu lak bapak budak tak reti bahasa, pasang kipas sekali maximum 5! haaaa... pepagi bangun jenuh sakit dada la... Pastu dia salahkan aku malas nak bangun tutup kipas! Adoi!! kang bangun tengah2 malam tersepak kaki dia yang besar tu sape yg susah?? Ok dah2 la tu Nab... Dah lari tajuk... hihihi!

Saturday, February 19, 2011

Tutorial Pemakaian Selendang

I did notice sometimes ade orang yang still pakai tudung 4 segi or tudung ekin (instant hijab). Aku hormat dorg maybe suka tudung2 macam tu. Tapi aku nak sangat share cara2 untuk pemakaian selendang ni. Mane tau, kot2 someday ade yg teringin nak pakai selendang/pashmina ke mana2 majlois kenduri or event boleh la pakai. Takde la time tu baru nak terkial2 mencari cara2 nak pakai selendang kan?


Cara Pertama:



[turutan gambar: kiri ke kanan]

1. Letakkan selendang pada kepala dan pinkan. Pastikan salah satu bahagian lebih pendek.

2. kemudian, ambil bahagian yang lebih panjang dan lilitkan pada kepala.

3. Ambil lebihan hujung bahagian selendang yang dililit tadi dan pinkan/selitkan.

4. Ambil hujung bahagian selendang yang lebih pendek dan pinkan dengan keronsang.




Cara Kedua:
(Seperti memakai tudung empat segi)


[turutan gambar: kiri ke kanan]

1. Mula-mula, lipat hujung selendang menjadi segi tiga - mengikut saiz yang anda inginkan.

2. Letak pada kepala seperti memakai tudung empat segi biasa dan pinkan.

3. Kemudian tarik bahagian selendang yang panjang i.e kanan model, spt di dalam gambar... dan lilitkan pada kepala.

4. Lilit sehingga habis, dan selitkan/pinkan hujung selendang tersebut. Kemudian, pinkan baki selendang bahagian kiri [mengikut model di atas] dengan keronsang mengikut keselesaan anda.





So, itu saja untuk tutorial kali. Banyak lagi cara sebenarnya. Later2 update lg ok!

Selamat Mencuba... ;)