Tak pernah terpikir dalam zaman muda aku dahulu nak kahwin campur ni.. Tapi tula namanya jodoh kan.. akhirnya lelaki pilihan hati aku dari keturunan campur.. Melayu+Pakistan..
Masa mula-mula dulu musykil gak dalam hati ni.. 'Eh, betul ke aku nak kahwin campur nih? tak menyesal ke nanti?' - kalau nak difikirkan sangat, even sampai ke hari ni aku masih tak pecaye.. yela, dugaan berkahwin campur ni lain dari orang yang kahwin sesama Melayu... Nak2 lagi, takut kalau2 orang lain tak boleh terima kahwin campur ni..
Tapi Alhamdulillah, setakat ini aku boleh cope lagi dengan apa yang orang nak kata.. Biarlah! mulut orang mana boleh nak tutup.. its beyond my control pun.. Pandailah nanti dorg menjawab kat Akhirat.. kan?
Yeah! aku takkan pernah menyesal kahwin campur ni.. Antaranya, aku sebagai pure Melayu, pergi je mana2 function akan jadi perhatian - sbbnya, jarang sedara sebelah suami aku kahwin dengan Melayu.. bukannya tak ada langsung, cuma selalunya yang kahwin dengan Melayu ni sebab famili yang aturkan. Tapi Alhamdulillah, jodoh aku dan suami kami yang pilih sendiri dan tiada paksaan dari sape2 pun dan one more, aku boleh belajar masakan baru dan bahasa baru.. hihi..
Kalau nak tahu, dulu parents aku pun mcm reluctant gak nak bagi aku kahwin campur nih.. "biaq betoi ngah... hg mmg nak kahwin dgn dia ka?' - dan setiap kali soalan tu terjah keluar dari mulut abah, aku kuatkan semangat dan dengan lafaz bismillah... aku jawab dengan ikhlas dan tanpa gusar.. 'yep, nak la..' dan Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, plan aku dan suami untuk ketemukan family aku dan family suami berjaya jugak..
Lepas je abah dan mama jumpa umi & abah suami aku, dorg berdua takde lagi soal2 mcm tu.. Agaknya, sebelum ni dorg risau anak dorg nanti hidup tak senang...yela, nama pun kahwin campur kn.. Tp syukur ke hadrat Illahi, keluarga mentua aku semuanya baik-baik belaka dan yang paling penting pegangan agama mereka lebih kuat dari kepercayaan adat/budaya mereka...
Jadi setakat ni aku takde masalah la kalau aku taknak pakai punjabi suit ke... sari ke.. heheh.. sebabnye, my in-laws pun tak suka benda2 tu semua.. although sometimes they habitually speaks in pakistani.. Tapi aku selalu fikir positif.. best gak! boleh belajar bahasa kelima [FYI, i can speak - malay, english and also mandarin n arab~a lil'...]
Plus, info paling best sekali pernah aku dapat dari seorang kwn aku kt FB, dia cakap 'kahwin campur ni, nanti anak2 semuanya pandai2 belaka' eh, betul ke? Tapi pernah jgk la dengar mcm tu.. kalau betul.. Alhamdulillah, diharapkan nanti anak-anak aku pun pandai2 dan bijak2 hendaknya... Tapi bagi aku semua tu ttp atas usaha diri masing2 kan..
Tapi kena jugak beringat, kahwin campur nih banyak dugaannya - antaranya, adelah sedara mara yang akan cakap kat belakang.. ~ 'Si Senah tu punya laki ko tau... hitamnye la aih..bla..bla..bla' and sometimes, 'eeee...dia tak geli ke hidup dengan laki dia mcm tu...ape dah takde laki lain ke?'...
Benda2 mcm ni dah selalu sgt kena kat aku... [tidak disebut nama sesiapa di sini, so jgn ade yg terasa k..] Tapi spt biasa aku kuatkan semangat. dan yang pasti cerita pasal semua ni aku akan updata pada suami aku..so that, nti takde la dia ade musykil2 dengan aku kan... and even mak mentua aku pun faham keadaan mcm ni.. Pernah sekali tu dia pesan kat aku... 'biarlah biela, memang in each and every family ade orang dengki mcm tu...biarlah, nanti pandai la dorg menjawab' - mama pun pernah pesan 'jangan amik kesah sgt, buat tak peduli ja...' Dan seperti selalu, aku keep on ingtkn diri aku ayat nih ~~ 'mulut orang, kita takleh nak control...'
No comments:
Post a Comment