Dah 4 bulan 11 hari saya bergelar isteri... Alhamdulillah, setakat ini kami tabah mengharungi hidup ini... Rezeki juga makin melimpah... Alhamdulillah again to Allah swt. Walaupun, kami tak macam pasangan lain.. Baru kahwin, sudah bunting pelamin. Tapi bagi kami, kalau difikirkan sangat, merungut atau pun terlalu mengharap pun Allah benci juga..
Mungkin ini la dugaan kami yang paling hebat setakat ini... Suami cakap, tak ape.. dia ok.. tapi saya? mana ok? dah tentu saya nak hadiahkan something yg paling bermakna dalam hidup dia kan? our child! thats it... Itu hadiah paling tak ternilai...
Tapi suami juga cakap, jangan terlalu berharap kerana dugaan tu datang dalam pelbagai cara.. Untuk Allah uji tahap keimanan kita.. Saya sayang, kasih dan cintakan suami saya. Mungkin bukan sekarang... Mungkin esok, tapi saya harap suami sabar menunggu...
Tengok orang lain... Relax, spt tiada masalah.. Hidup senang lenang, tetapi tiada zuriat... Senyum dalam duka.. itu saya tahu.. Tapi hidup mesti diteruskan.. Cuma jangan pernah lupa Allah swt. Suatu hari nanti... pasti Allah akan beri balasan ganjaran.. InsyaAllah...
Tapi kawan2 asyik tanya...Bila nak ade baby? Family planning ke? Macam mana tu?? Biarkan... Mereka tidak faham... Mereka takkan merasa dugaan ini... Tapi, ada dugaan lain yang menanti mereka... Mungkin lebih hebat? siapa tahu? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.. kerana dugaan dan cabaran itu, hanya dari Dia...
Apapun, semoga saya dan suami tabah hadapi dugaan ini... -AMIN-
No comments:
Post a Comment