Kali ni nak cakap pasal breastfeeding lak. Asyik cakap pasal baju baby je kan... hehe!
Ok, ape yang best pasal susu ibu ni? ade la lebih kurang 12 kebaikan dalam menyusu anak kita dgn susu badan. Check it out!
1)  Susu ibu lebih mudah dihadamkan.
 
2)   Susu ibu tidak mengandungi bahan2 kimia.  Ingat tak kes melamin  dalam  susu bayi di China? Haaa, kita tak tau sejauh mana selamatnya  susu2  formula untuk bayi kita, so susu ibu memang pilihan yang paling  tepat,  sebab confirm tak ada bahan2 kimia yang berbahaya!
 
3)   Susu ibu menjimatkan kos & masa.  Susu formula kebanyakkannya   mahal2 dan memerlukan anda membancuh dan menggunakannya dalam tempoh   masa yang terhad.  Dengan susu ibu, tiada masalah!  Tidak ada kos   tambahan, bersih dan menjimatkan.  Stok susu sentiasa ada dalam badan,   so bila anak merengek nak nenen, angkat jer baju, susu dah tersedia..   heheheh
 
4)   Menyusukan bayi anda mengurangkan risiko terhadap kanser  payudara.   Ini adalah kajian dari Collaborative Group on Hormonal  Factors in  Breast Cancer (2002).  So, mencegah adalah lebih baik dari  merawat,  kan? Jadi janganlah malas menyusukan bayi anda  
 
 
5)   Susu ibu mengandungi Imunisasi kepada penyakit dan membantu  membina  sistem imunisasi dalam badan bayi – 80% dari sel dalam sus ibu  adalah  macrophages, iaitu sel yang membunuh bakteria, fungus dan virus.   Bayi  yang menyusu terlindung dari pneumonia, botulism, bronchitis,   staphylococcal infections, jangkitan telinga & German measles   (campak).
 
6)  Susu ibu mengandungi nutrisi yang terbaik!
 
7)  Menyusukan anak mengurangkan risiko ibu dari menghidapi kanser ovari.
 
8)   Menyusukan anak membantu mengurangkan berat badan ibu!  Haaaaaa,  ni  semua mesti ibu2 suka baca.. Heheheh.. maklumlah, masa mengandung   berkilo2 berat di”ternak” dalam badan.. hahahah.. Buat pengetahuan   pembaca, setiap sesi menyusu membakar 500 kalori sehari!  Itulah   sebabnya, ibu2 yang menyusu badan lebih cepat kembali ke bentuk badan   yang asal daripada ibu2 yang memberikan anak mereka susu botol. 
 
9)  Susu ibu amat disyorkan oleh World Health Organization & Unicef!
 
10)   Susu ibu membantu mengeluarkan meconium dari perut bayi –  meconium  adalah sejenis lendir melekit yang memang sedia ada dalam usus  bayi.   Kolastrum @ susu awal ibu, adalah merupakan cecair unik yg boleh   mengeluarkan lendir itu dari perut bayi.. Subahannallah.. betapa   hebatnya ciptaan Allah ini  
 
 
11)   Susu ibu memelihara bayi dari penyakit Crohn – Penyakit ini  adalah  penyakit yang berkaitan dengan usus.  Penyakit ini sangat  kronik.  Ia  adalah radang perut yang boleh menyebabkan bengkak pada  bahagian dalam  usus.  Penyakit ini sangat susah untuk diubati, tapi  kajian menunjukkan  susu ibu dapat menghalang dari bayi untuk menghidapi  penyakit ini.
12)  Menyusukan bayi anda dapat mengurangkan risiko menghidapi kanser endometriosis.
Ok,  rasanya cukup untuk kita tahu 12 kebaikan tentang menyusu badan. Nnti  kita sambung lagi ya!  So pada  ibu2 atau bakal ibu2, jom kita mula  meyusukan bayi kita hari ini!
So, bagi aku yang memang bercadang untuk breastfeed anak dalam paling kurang 6 bulan, aku dah ready dengan mekanism yg patut...
1)  Breastpump. Be it manual or electric, semua ikut kemampuan masing2.  Macam aku, aku pilih manual dulu sebab aku dh tgk review orang lain  semua cakap manual pun enough utk trigger aku susukan baby. Tapi dgn  syarat kena rajin la...

Philips Avent Isis Manual BreastPump - My choice! ;)
So,  kawan2 aku cadangkan untuk yang bajet ciput mcm aku, pilih Avent Manual  Breastpump. Review dia aku tgk, ramai yg cakap suction tak menyakitkan  dan sangat menyerupai electric breastpump yg sedia ada. (yg ni manual  tau!) Kalau Retail price kt kedai dlm RM289. Tapi kat internet boleh  dapat dalam RM180-RM200. Tak kisah la nak beli kt mana2 pun. Bagi aku  sama je kualiti. Made in UK gak kan.. hehehe! Mcm adik ipar aku dia beli  kat Parkson ade 20% disc. Aku beli kat myavent.blogspot.com dapat dalam  RM169 incl. postage!! ;)
2) Cooler  bag - ni mmg khas untuk ibu2 berkerjaya. senang nak simpan susu yg dh  dipump especially ms kt ofis. time lunch boleh pump puas2. pastu simpan  je botol storage tu dlm cooler bag.
3)  Ice packs - ini wajib ade la kn.. kalau xnak ade, kena beli ais kiub  tiap2 hari. Mane lg jimat?? baik beli ice packs kn! balik boleh sejukkan  balik dlm fridge. senang!
4) Storage  bottles - ini untuk isi susu yang diperah direct from breastpump. terus  je tutup and masukkan dlm cooler bag! pastu, habis working hours boleh  balik rumah and tadaaaa! boleh susukan baby direct from storage bottle  tu if its comes with caps n teats. mudah kan? yg ni aku recommend avent  jugak la... Beli yang newborn kits. Ade dalam 2x4oz n 2x8oz bottles siap  dgn caps n teats... Kat internet boleh dapat dalam RM170. Kalau kat  kedai RM269. Mane lebih jimat? PES bottle tau! Ataupun boleh jgk dpt  Autumnz storage bottles. RM36.90 kt online. Kt kedai tak sure berapa  harga. Tapi mudah didapati kt any Jusco, kedai baby etc. ;)