Tadi tengah hari sempat balik rumah masakkan lunch untuk Hubby and FIL.
Tapi, terlupa nak snap gambar. Nanti2 la bila aku masak lagi aku post gambar kat sini.
Tapi ape yang menyenangkan hati aku is that Hubby terkejut, teruja and in fact dia sendiri minta aku ajar macam mana nak masak Ayam Dealova nih! hehehe.. macam mana aku buat?
Bahan-Bahan
1. Ayam mentah (ikut suka nak banyak mana & make sure dicuci bersih)
2. serbuk kunyit (4 sudu dibahagi kpd 2 bhgn)
3. 3 tsp serbuk cili
4. 1 biji (bsr) bawang besar
5. 2 biji bawang putih
6. garam (secukup rasa)
7. lada hitam (ikut suka nak banyak mana)
8. cili padi (ikut suka nak banyak mana)
Cara memasak?
1. Campurkan 1 bhgn serbuk kunyit dgn sedikit garam. kemudian amik Ayam yg dh bersih td tu dan gaulkan dgn kunyit + garam tadi tu.
2. Goreng Ayam dalam minyak yg panas. bila dah kuning coklat tu terus angkat dan toskan.
3. Panaskan minyak baru. Tumis bwg besar, bwg putih, cili padi.
4. Masukkan serbuk cili, serbuk kunyit. Goreng hingga hilang bau cili dan kunyit. Masukkan garam secukup rasa.
5. Masukkan ayam goreng tadi dan kacau/gaulkan sampai sebati. Masukkan lada hitam. Kacau sampai PUAS HATI! (hahahahaaa!)
Ready to be served! ;)
No comments:
Post a Comment