FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

WEDED BLISS

Daisypath Anniversary tickers

OUR GIRL

Lilypie Second Birthday tickers

OUR BOY

Lilypie First Birthday tickers

EL TIGRE (TIGRA)

PitaPata Cat tickers

Friday, December 21, 2007

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita
sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh.
Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu
berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih
mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan
kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan
selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut
balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun
bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di
situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi
cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil
mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di
penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara
yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang
semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang
yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu.
Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita
menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang
berlalu tidak lagi berulang.Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang
itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut
walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah
orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya
walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.
KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah
kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan
tulus dan ikhlas.

No comments: