FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

WEDED BLISS

Daisypath Anniversary tickers

OUR GIRL

Lilypie Second Birthday tickers

OUR BOY

Lilypie First Birthday tickers

EL TIGRE (TIGRA)

PitaPata Cat tickers

Thursday, November 11, 2010

Dua Penganggur Dipenjara Empat Tahun Kerana Merompak

Dua Penganggur Dipenjara Empat Tahun Kerana Merompak

KUALA LUMPUR: Dua penganggur dijatuhkan hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan sebilah pisau lipat, dua tahun lepas.

Hakim Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Helwin Ladja, 26, yang berasal dari Sabah dan Ezi Fariz Abdul Aziz, 25, dari Perlis bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 8 Februari 2008.

Terdahulu, Zainal sempat menyoal kepada kedua-dua tertuduh adakah kesalahan yang mereka lakukan berbaloi dengan hukuman yang terpaksa mereka tanggung.

Kedua-duanya yang berada di kandang tertuduh hanya menggelengkan kepala dan menyatakan mereka terdesak melakukan kesalahan itu di samping terpengaruh dengan rakan.

Helwin dan Ezi Fariz didakwa melakukan kesalahan dengan niat bersama dua lagi rakan iaitu Junaidah Jamaludin, 21, dan Muhairy Abdullah, 33, dengan merompak wang tunai RM10 dan sebuah telefon bimbit jenis Nokia model 1600 milik Ahmad Juan, 23, yang nilai keseluruhannya RM100 di Stesen LRT, Jalan Sultan Muhamad, Dang Wangi, pada 3 petang, 29 Januari 2008.

Bagaimanapun, kedua-dua rakan mereka iaitu Junaidah dan Muhairy sedang menjalani hukuman masing-masing. Junaidah dihantar ke Hospital Bahagia manakala Muhairy menjalani hukuman penjara lima tahun.

Helwin dan Ezi Fariz didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Peguam Habizan Habeeb Rahman merayu agar hukuman ringan dikenakan ke atas anak guamnya kerana kedua-dua tertuduh telah mengakui kesilapan mereka dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Po'ad memohon kepada mahkamah agar hukuman berat dikenakan untuk memberi pengajaran berikutan kejadian rompakan semakin berleluasa di negara ini dan kes seumpamanya melibatkan kepentingan awam. - BERNAMA
;) ;) ;)

No comments: