FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

WEDED BLISS

Daisypath Anniversary tickers

OUR GIRL

Lilypie Second Birthday tickers

OUR BOY

Lilypie First Birthday tickers

EL TIGRE (TIGRA)

PitaPata Cat tickers

Tuesday, August 16, 2011

Pengalaman Pertama Bersalin...

Ok. Please dont get me wrong. Tajuk entry ni bukan berkaitan pengalaman aku bersalin anak sendiri. Tapi sebenarnya aku nak ceritakan pengalaman aku mendengar suara seorang ibu yang bertarung nyawa melahirkan anak sulungnya.

Serius. Aku dengar sendiri dengan telinga aku ni. Pagi tadi masa tengah keje, Hubby call bagitau fiza dah kena admit. since masa lunch dah dekat, aku pun bergegas pulang dan terus gi ke Pusrawi Kajang nak melawat adik ipar aku ni.

Sampai je sana, ingatkan dia dah deliver. Tapi rupanya baru je buka 6cm dan baru dimasukkan ke dalam labor room. Dalam hati aku ni.. "Mesti lambat lagi ni"... Adik ipar aku yg bongsu, Fazrina asyik dok mundar-mandir. aku pulak naik rimas. Hubby asyik bertekak dengan aku. Usik sana usik sini.

Tetibe je, aku terdengar suara "iskhhh... sakitttt...". Aku terus terdiam. Hubby lak jadi pekak. Sibuk dengan BBM dia je. Rasa nak je aku amik hp dia tu baling turun ke bawah bangunan. haishhh!! Ade la dalam 5-10 minit aku dengar suara Fiza mengerang sakit. Tapi serius, takde sampai tahap dia menjerit kuat la...

Akhirnya, aku dengar suara baby. Halus, sayup2 je dari luar labor room tu. Aku nak nangis. Gembira sangat? tak juga... Sebab aku kahwin dulu dari dia. Tapi dia merasa jadi ibu dulu. "Iskh, tak baik fikir macam tu..." hati aku lak bagi warning kat aku. ewah! "Rezeki masing-masing la.." aku tunduk. Tapi Hubby macam boleh baca air muka aku. Terus aku peluk dia sambil nangis.

Takpe, aku redha. Asalkan fiza selamat sudah lah. Pasni, perhatian akan tertarik pada baby baru la. So, aku boleh la enjoy sekejap. nak gi mana aku suka. hehe. paling best, tahun ni dapat balik beraya kat Kedah selama seminggu tanpa ade rase risau nak kena standy ke ape ke since fiza dah bersalin. Oh ya! she's supposed to deliver her baby on 3/9/2011. tapi since baby engage awal, hari ni la baby dia keluar.

Ape yang membuatkan aku terdetik nak buat entry ni is that, betapa mudahnya dia melahirkan baby. bukan sebab tak de rasa sakit nak bersalin. tapi take into consideration masa yang dia ambil untuk push baby keluar. 5-10 minutes. Susah nak cari macam tu beb! Kawan aku bersalin pun sampai 21 jam dalam labor room. Betul la kata sesetengah orang yang tua, amalan kita sewaktu mengandung that counts.

Jadi pengajaran di sini, sewaktu mengandung banyakkan baca surah Maryam, Luqman, yunus, Yusuf dan juga surah2 pendek especially doa memudahkan bersalin. dan yang paling penting, solat 5 waktu jangan tinggal.

Kepada baby Sofea, bantulah Mommy untuk memudahkan Mommy melahirkan kamu ye sayang... InsyaAllah. Mommy loves you!

Wednesday, August 10, 2011

Tuesday, August 2, 2011

29 weeks!



This is me @ 29 weeks. Sekejap je masa berlalu. Masuk 30 weeks dah kena start prepare baby n mommy bag semua letak dalam kereta..



At this stage, kaki aku mula membengkak. Tapi ttp degil nak merayap, berdiri lama2 semua. (tuntutan kerja memang begitu - berdiri lama2 dalam court :P ) Alhamdulillah selera makan makin bertambah. Masa 2nd trimester je mcm xde selera sikit. Sekarang, bukan setakat bertambah. Nampak ape semua aku ngappp! hahaha! berat pn naik 7 kgs dlm masa 1 bulan. apa macam? style x? Dulu nak sangat berat naik kan? haa, amik... padan muka aku!



Tengok gambar kat atas ni cukup lah menyatakan segalanya... Makin tembam, makin nampak macam Cikgu Rokiah (Mak aku.. hihi!). Tidur pun makin kurang selesa. Insomnia? Jangan cakap la. Pukul 4 pagi pun boleh berjaga lagi. Pastu, mcm ade satu perasaan kat area leher aku ni sebelum nak tidur. Semacam je dia berdenyut2. Tapi lama2 hilang la perasaan tu... Abaikan...



Semalam buat choc chips org order. Memula x rasa sakit kaki. Tapi bile aku bangun sahur, Ya Allah sakitnya tapak kaki. Macam ade orang cucuk dgn jarum. Nak jalan ke toilet pun rasa azab sangat. Tapi yg best, hobi aku naik turun tangga tetap diteruskan. Exercise beb! kata taknak kena minum air gula kannn... hehehe!



Tangan, jari pun tembam. Cincin nikah pun nyawa2 ikan je aku pakai. Cincin tunang apetah lagi. Memang ke laut la jawabnya... Ketat semua bagai. uhuk! Kemeja gi keje dah takleh pakai. Dulu masa 2nd trimester leh pakai lagi baju kemeja... Sekarang harap baju pregnant je la.. hik!



Kasut flats pun dah tak selesa pakai. Aku kena pakai comfy shoes mcm Clarks, Scholl or Hush Puppies. (Kalaulah suamiku baca entry ni... Alhamdulillah!) :P



Masa tengah time entry ni lak, kanak2 riang dalam perut ni berjoget sakan... Ape yg best ntah. Seronok pun ade walaupun ade time dia macam tetibe tendang sekuat hati! haha... Kadang2 tengah sedap2 tidur dia tendang sampai leh terjaga. Hubby cakap pernah sampai aku mamai2 tengah malam tension tak leh tidur sbb kena tendang.. teruk betol Mommy Sofea ni... Sian baby. Sape suruh mommy banyak sangat minum air kelapa kan... hahahaha! Padan muka lagi!



Berat baby sekarang dah 1.6 kg. Last week, 1.1 kg... Yeah, dia membesar bagai juara (errr... ke bagai bapak dia???) Kepala pun dah kat bawah. Tunggu masa je... ok, dah malas nak merepek panjang nanti ntah pape lagi yang aku taip. Last but not least, barang baby semua dah setel beli except for diapers! hooray! Baby cot, cradle all stuffs semua akan aku paksa nenek, atok, makcik, pakcik dia semua sponsor... Hahaha! Padan muka korg! :P