FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

WEDED BLISS

Daisypath Anniversary tickers

OUR GIRL

Lilypie Second Birthday tickers

OUR BOY

Lilypie First Birthday tickers

EL TIGRE (TIGRA)

PitaPata Cat tickers

Wednesday, March 30, 2011

Bertungkus lumus

Okeh, sebenarnya entry kali takde kaitan sangat dengan tajuknye...hehehe. Tapi boleh la nak link kan kalau korg pandai kaitkan ceritanya dengan tajuk tu.

Tak ramai orang dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya (i mean, lahir2 je bapak dia jutawan..). Like myself, Alhamdulillah aku dilahirkan dalam keluarga yang senang. (tp belom tahap jutawan) and sape lak yang tak pernah termimpi kahwin dengan org kaya kan? Tapi bagi aku, cukup kisah hidup aku sekadar fairy tale, lives happily ever after and it doesnt matter suami aku kaya atau tidak asalkan dia pandai cari harta untuk pastikan anak bini tak kebulur.

Sejak preggie ni, Alhamdulillah rezeki kami melimpah ruah. Rezeki anak kan... Aku? bertungkus lumus berkerja pagi petang. Walaupun macam mana aku usaha pun gaji tetap sama yang aku dapat tiap2 bulan (gomen) tapi aku puas hati dengan pencapaian aku setakat ni.

Ok berbalik kpd cerita tak semua orang dilahirkan kaya raya tu, sejak kecik kalau nak pape aku rasa mak bapak aku bagi je. tapi tak la semua benda. gila ke ape? habis tu takkan minta kereta pun abah nak bagi kn? ade la batasnya... I mean, nak beg sekolah baru senang2 je dapat. Tapi, when it comes to gadget kena belajar pandai2 rajin2 score bagus2 dulu baru dapat.

Contoh, adik aku nak PS2 (masa zaman dulu2), kena simpan duit dalam tabung dulu baru leh dapat Ps2. Macam aku, masa kat U nak h/p baru kena pastikan buku rujukan semua dah setel beli baru leh beli h/p baru. Apetah lagi bila nak pakai kete abah untuk bawak gi kelas (baru minta bwk, belom minta kete baru...) pun aku kena nangis puas2 baru abah nak bagi. Siap letak syarat lagi. "Kak ngah kena blajaq rajin2 la tau..." and hasilnya, lahirlah insan yang bergelar graduan Undang-undang seperti aku... muahahaaha!

Bila dah kerja, earn gaji sendiri... Ofcoz la teringin nak ade kete sendiri kan? yang bulan2 bayar sendiri pakai duit gaji sendiri kan? memula calculate, mampu beli sampai tahap Toyota Vios or Honda City. Cakap kat abah nak beli kereta. Abah cakap "hang beli myvi sudah la ngah... senang. nanti duit banyak lagi nak pakai.." And being anak yang dok jauh diperantauan, aku dah leh faham betapa tingginya pengorbanan mama and abah. Aku pun tak banyak tanya kenapa dia tak bagi aku angkat itu Vios.. Uwaaa! tapi aku pasti sebab taknak aku ikat perut demi bayar kete mahal2 untuk org bergaji ciput mcm aku ni. So, aku akur. Aku angkat itu myvi. hehe. in fact, sampai sekarang masih setia dgn myvi and takde intention nak tukar baru. kalau nak kete baru pun aku bermati-matian takkan jual myvi yang byk berjasa tu...

Sampai sekarang, after dah 3 tahun keje jd gomen servant ni, im still the same person yang pegang prinsip u need to strive to get what u want. Regardless la ape benda yg kita nak. nak pi melancong ke, nak kete baru ke, rumah baru ke, kasut baru ke... semua u have to usaha sendiri. Lagipun, lain orang lain rezeki kan? So, pencapaian aku yang terkini... Aku berjaya merembat sesuatu seperti gambar di bawah setelah sekian lama jaki dengan orang lain bawak kehulur kehilir bendalah tu.. hehehe!





Yes, you are not dreaming. Its an Ipad. But not the latest Ipad II. Its not within my budget and i dont see why i need to get an Ipad II mcm org lain. hehe. So, enough for standard Ipad for me. Its 32gb wifi + 3g. Sold out @ Machines KLCC. ;)



Oh ya! this is my latest bag acquisition. Marc by Marc Jacobs (MBMJ) Nylon Tote in Coral.
Stunning!




P/S: some friends pernah tanya dapat mana banyak duit untuk semua benda ni. my secret (not a secret anymore..) is that, u need to believe in yourself that u can afford it. Trust me, it works~ and if you dont, please read RICH DAD POOR DAD and RETIRE YOUNG, RETIRE RICH by Robert T. Kiyosaki. Lepas baca, surely ur perspective dlm ur daily life akan berubah. InsyaAllah.

Sunday, March 20, 2011

...



I'm a LAZYBUM!

Wednesday, March 16, 2011

Positive

Seperti yang aku bagitau korg dlm entry "Allah has answered my prayers" sebelum ni, Hubby is the happiest man on earth. ;) dan tak terkecuali diri aku sendiri. Memang good news ni pun yang aku nak selama ni.

Syukur Alhamdulillah, sekarang dah masuk 10 minggu in which InsyaAllah, menurut Gynae aku akan lahirkan baby pada 13 Oktober 2011. hehe. Best! Sebab aku dan hubby nikah pada 3/10/09 dan Birthday Hubby jatuh pada 21/10 and also not forgetting my mom's birthday on 2o/10. So, ade la 4 in 1 occasion dalam Oktober every year kan! [kopak!]. ;P

Ok kali ni nak cerita macam mana aku boleh tahu yang aku pregnant. Its up to you guys ok nak baca ke tak. Kalau rasa bosan tak payah la baca ek coz this entry is going to be a very longgggggggg entry. hahaha!

Ok, mungkin tak ramai yang tahu. Aku dan suami masa sebelum kahwin lagi dah plan. Kalau after a year tak dapat conceive lg, terus nak dapatkan rawatan dari pakar. So, lepas genap 1 tahun kitorg kahwin, kitorg terus gi jumpa dengan Gynae di GH. Dari situ, kitorg di rujuk ke bahagian Infertlity untuk buat IUI. So pada 7/2/2011, aku dan hubby took a leave dan dapatkan nasihat dan rawatan kat GH.

Tapi tula, orang ramai cakap rezeki tu ada di mana-mana kan. Ms 7/2 tu, nurse tu pesan kalau datang je period (next one) terus call jabatan diagnostik untuk X-ray's appointment. So, lepas dptkan rawatan pd 7/2 tu aku dan hubby terus ke Mid Valley jalan2 cuci mata.

Masa tengah dok jalan2 tu aku terasa macam ade something discharge from my vagina n masa tu tak tunggu terus gi toilet tgk kot2 dah period. Yes! memang period tapi yang pelik period kali ni macam warna coklat - dalam bahasa kotor skit, macam najis pun ade. aku tak bawak panties spare masa tu. so nak taknak, terpaksa la pakai 'pad' je dulu.

Then kitorg jalan2 macam biasa. Tapi pd ms sama aku rs sakit kat bhgn vagina. Tapi masa tu aku fikir normal la kot period baru nak keluar. Malam tu, terus kitorg balik rumah. Tapi keesokan hari bila aku bangun pagi, period tu dah tak keluar lg dah. Aku jadi pelik. Tapi in my case, this is very common sbb sejak aku kahwin period aku cam lembab sikit nak discharge. Jadi aku biarkan je la.

After a few days, in fact after a week! masa tu aku ingat lagi hari Maulidur Rasul, 16/2/2011 12 Rabiul'awal 1432H, aku rasa pelik sangat dengan diri aku. Im supposed to have period at that time. Tapi breast rasa sakit yang amat. Perut rasa macam banyak sangat angin and ade milky discharge. Dalam hati masa tu... "Aku pregnant ke? Iskh tak mungkin la..." Seminggu aku diamkan dari Hubby. Sian dia. and ms 16/2 tu kebetulan gi farmasi. Aku dah tak tahan nak simpan rahsia lama2 dari hubby and also kemusykilan diri ini, so aku pun beli la UPT.

Balik rumah, sorok2 UPT tu from hubby. Taknak dia simpan harapan. Lepas Isyak aku terus masuk toilet bt UPT (curi2 masuk toilet boley?). Kuasa Allah SWT. Masa baru masukkan my urine dalam UPT tu, aku terus terperasan ada 2 line pada UPT tu. Hati dah mula dup,dap,dup,dap... "Betol ke ape aku tengok ni? eh xpe la.. tunggu la 1 minit dlu baru tengok lagi sekali.." Lepas 1 minit aku tengok lagi sekali and tadaaaa! good news! im Pregnant!
Aku rasa nak nangis je time tu. Tapi aku tahankan je. Belum sempat masuk bilik, dah jerit2 panggil Hubby "B!". Masuk je bilik, aku terus tunjuk and terus menangis. Hubby masa tu macam blur2 lg. Dalam nak percaya atau tidak. Aku terus lompat kat dia and terus peluk dia... Menangis teresak2 masa tu... (drama queen ;P).

Lepas tunjuk kat Hubby, dia pesan jangan excited lagi. Tunggu gi confirm dengan doktor dulu. So off we go to meet Dr Darina @ Melawati. Dia yang dari awal sampai ke sudah tahu perkembangan aku. Sakit apa semua dia tahu. So, we gave her the honor untuk sahkan my pregnancy. ;) and YES! it is CONFIRMED that I am pregnant!

Hubby masa tu memang muka berseri2 gile! First person yang aku call is my Mom! Tapi being Nabilah yang tak pernah nak cerita hal peribadi sgt kat Mama, aku jadi kekok. I dont know where to start. Even, aku minta Hubby yang bgtau mama boley? Hubby membebel, dia cakap "She;s ur mom. U should tell her own ur own.. not me..." btol jgk.. Kalau hubby yang bagitau mesti dia kecik hati kan.

So, like Ive told u before... I am 10 weeks now. So far, aku tak suffer from severe morning sickness. Alhamdulillah. Cuma masa awal2 dulu ade Nausea dan aku dah berjaya hilangkan Nausea dengan mengunyah kekacang, biskut, roti or anything yang ade kat rumah tu.. hihi. In fact, aku bawak bekal biskut everyday dalam bag! ;)

Tapi one thing yang tak best, aku tak boleh bau hanyir. tak kisah la ikan ke, ayam ke, daging ke...as long as it is smelly/couchy terus aku tolak ketepi pinggan aku tu.. hihi. and one thing for sure! I turned out to be a vegetarian. Semua sayur aku makan. Paling bahaya bila makan nasi campur kat kedai. Semua jenis sayur aku nak makan. ;P

Oh ya! masa kandungan 8 minggu, aku terus gi scan kat Pusat Perubatan Naluri @ Wangsa Maju and had registered myself untuk deliver baby kat situ. InsyaAllah. Masa first time scan tu memang risau jugak la sebab tak pernah tengok baby lg kan. So, masa mula2 nampak tu, aku almost burst into tears. Hubby takdenye nak nangis, excited lg ade. Aku? mana tak nak nangis, tak terasa masa berlalu dgn cepat in which i am now 27 yrs old and going to be a mother soon! with a baby in the belly... I believe for those yg dh jadi ibu pun pernah rasa mcm aku rs kan?

So i think thats all for now. Later2 will update more and dont worry when the time comes aku akan reveal whether its a boy or a girl! hehe... below, aku nak kongsi beberapa gambar sepanjang pregnancy aku ni.




Me - 8 weeks pregnant! :P

My First Year Baby Book. A gift from Khairi & Wife!
Now I can fully utilised it. hehehe.



Our baby's first picture. Can u spot its heart? ;)

Saturday, March 5, 2011

Geram sangat2 dengan budak sorg ni!!!

Hihi... My 18 months Nephew, Azri Haikal. Cute budak ni... Yang kelakarnye, dah ikut jejak kakak dia, Balqis Aina berjaga lewat2 malam. Ajak my brother Anas (Paksu) main bola pukul 3 pagi okay!!! Tengok la gambar bawah ni. Siap pegang bola lagi. Memang kelakar. Kalau balik je, kaki tu dah siap nak menendang... Siap buat koleksi bola lagi tau! Macam2 jenis and kaler bola dia ade... Tak larat nak menyimpan... ;P




This one pulak... "Lepas kena arah dengan Paksu keluar padang... Kena kad merah... Siapkan assignment last minute!..." nak tau ni pukul berapa? 3.30 pagi okeh! mampos melayan budak macam ni... Tengok mata pun dah tau mengantok. Tapi degil nak berjaga... Haikal2... miss u so much! ;)