FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

WEDED BLISS

Daisypath Anniversary tickers

OUR GIRL

Lilypie Second Birthday tickers

OUR BOY

Lilypie First Birthday tickers

EL TIGRE (TIGRA)

PitaPata Cat tickers

Saturday, February 26, 2011

Pregnant Mommy needs new shoes and bags! Hahahaha!

The title says it all... Semalam beli kasut baru khas for my pregnancy. Hush Puppies Ballerina (sebelum ni bukan big fan of ballerina... Flats pun baru berjinak nak pakai setelah kaki melecet teruk akibat berlari ms kat mahkamah... ;P)

And tadi, lepa teman Hubby gi shopping his LV shoes @ GLAMPOT, Hubby ajak aku gi OU and belikan aku a new bag khas untuk baby/diaper bag.. Terlebih sayang? hihihi... Maybe la kot...So, enjoy the pictures.






Love this! Dah campak2 barang pun still tak penuh. ;)


Friday, February 25, 2011

My Desginer's Collection

Ok. Kali ni memang takde mood nak cerita pasal my pregnancy since masa tengah type entry ni pun rasa loya... So, just nak share on what I have and some experience about having it and using it. Take note that all items showed in this entry, hanya items yang aku berjaya eraned sepanjang aku kerja la ok... So, mana2 yang parents bagi takkan di masukkan dalam entry ni. ;)



Longchamp Le Pliage Medium Short Handle
Ni taktau nak justify mcm mana sbb belum dapat dari seller lg.
Tapi so far tengok ramai yang pakai. So i think its quite practical la kan..
So, aku beli ni tujuan untuk buat baby bag. ;)


Hush Puppies Ballerina. Memang Comfy! and gorgeous sangat2...
Dah 2 kali tengok/ushar kat butik and baru semalam berjaya rembat kat The Curve.

Poppy Legacy Stripe Wristlet. Memang comel.
Tapi takleh belasah sangat since its in fabric.
Tapi saiz dia yang agak besar memang sangat puas hati
even boleh dijadikan sebagai H/P pouch.



Lewre. Shoes Designer. Harga berpatutan. Kasut ni memang gorgeous
and mampu buatkan ur kaki looks sexier (utk yg kaki mmg dah sexy ;P)...
and the color i.e brown, mmg sgt2 sesuai dgn design ni. Well Done Lewre!


Braun Buffel wallet. Bags Designer.
Aku suka sebab kaler dia. Kalau nak ikutkn, size yg aku amik ni tak praktikal sgt..
tapi sebab aku tak suka wallet pjg, so this size would be enough for me.


Coach sunglass. Worth buying!
memang tak sakit mata and sangat2 comfy bila dipakai.


My Very 1st LV. Sangat Classy. Walaupun beg ni paling murah dalam keluarga LV selepas NVF... Aku tetap bangga dpt memilikinya.. Sebab kalau korg tak pecaye, cuba tgk org yg bawak beg ni... Semuanya nampak mcm loaded kan? hahahaha! Even org yg dh ade Chanel pun ckp benda yg sama. ;P


My 1st Gucci shoes. Memang best. tapi a bit panas kalau pakai time hari panas la..hahaha


Kristin (Coach) ~ going to be mom's soon! spacious and sgt gorgeous!



Coach Ponytail - cutee!



My Hantaran ~ beg ni sgt2 worth buying... very practical, boleh bt diaper bag..hihi!



My 1st Coach 0 hasil bidding kt Ebay. Comel sesuai dgn nama = Coin Purse ;P



Coach Parker - All Time Fav. Sebab besar, sgt sesuai bwk gi keje.
Sgt tak sesuai utk dibelasah. Hahahaa!



My Hantaran jgk. Tissot. Best! dan elegant!

Tuesday, February 22, 2011

Wordless Wednesday

CraftsFrenzy - Menerima Tempahan Bunga Pahar (Bunga Dip, Bunga Stokin, Bunga Kristal etc)

Ok. Kali ni nak promote my aunty (not so aunty laa... when she's younger than me ;P and its not bout promoting he to guys out there. biar dia cari Jodoh sendiri...) Tapi title tetap aunty. Tiap2 Raya salam dengan dia kena cium tangan, kalau tak derhaka! wakakaka!

She was my maid-of-honor masa my majlis sanding in Kedah back in 2009. So, nak jadikan cerita. masa sibuk dok buat preparation for my majlis, memula ingatkan nak buat bunga pahar sendiri. Pastu, lepas buat lebih kurang 10 cucuk, aku give up! Sebab bukan tak menjadi. Tapi sebab tuntutan kerja yang melampau2. Nak2 lagi time tu aku kat Melaka. So, jauh dari keluarga aku dan juga keluarga mertua and takde orang lain nak tolong aku siapkan bunga pahar tu... Nak harapkan adik ipar? Harapannnn.... hehe

Last2 one day my sweet aunty ni ade pomot her hand-made crafts la.. So came across untuk order je dengan dia. Masa ni memang aku pujuk kaw2 la dgn dia.. minta dia buat 100 cucuk memula... dia mula2 mcm reluctant. Note that dia pun Aviation Trainee... So, dia pun ade tuntutan kerja dan kelas. So, pujuk py pujuk berjaya jugak la... At the very last minute takut tak cukup, aku tambah lagi 50 cucuk... Pening kepala mek ni. hahaha! Tapi masa ni disebabkan masa dah suntuk aku cakap la "Buat ja mana yang sempat. Just nak penuhkan pahar tu ja...Tapi kalau leh buat lebih bagus la sebab leh bagi kt orang lain...". So, dia pun cakap dia akan cuba buat 150 cucuk.

So, mesti korg nak tahu kan ape end product dia? perghhh! memang cantik habis la.. Ngam2 dengan kaler tema aku. Merah, Putih & Gold... So, pada yang bakal menjadi Raja Sehari, masih tercari2 orang nak buat bunga pahar dengan harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran, pada mak2 yang dok pening korek tabung nak dapatkan bunga Pahar Dip yang nowadays RM15 secucuk, lets mari cuci mata. Kalau berkenan, silalah melawat CraftsFrenzy... Order boleh dibuat dgn my aunty, Asmahan / HanHan.



Bunga Pahar Dip Tema Merah Putih



See the dais and both bunga pahar? Memang sesuaiiii kan??




PRICE?
Seperti di bawah. (Click to enlarge)


Berpatutan kan?
She even ambil orders for bunga tangan, bunga dulang, paperbag etc. ;)

Morning Sickness

Nama dia memang tak sesuai untuk penyakit 'buatan orang' yang menjadi2 bukan takat waktu pagi je ok! Tengahari, malam... bila2 pun boleh... Even masa tengah berhujah depan Yang Arif pun aku rasa cam nak contempt je and lari gi toilet... hihihi!

Setakat ni jupe je sape2 kat mane2, semua dah bertanya... "ade alahan tak?", "alahan teruk tak?" etc... Aku pun sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana. So far, muntah2 sebab morning sickness takde la lg. Tapi dah start rasa mual, loya and hilang selera bila tengok nasi! NASI ok!!!... :P So, bolehkah itu semua di anggap morning sickness? aku tanya ni sebab takde experience on pregnancy. So, bile org tanya dah morning sickness ke blom, aku cakap je la takde! hahahahaa!

So far jugak, takde la aku rasa rimas bila terbau bau perfume suamiku yang semerbak itu ye. (Laki aku hantu perfume!)... So, selamat lagi la sayang oi... Kalau tak, U i halau keluar bilik. Wakaakaka!... Cuma, ade rase rimas dengan suara orang bising2 (ngade2!) and bila Hubby tak bagi perhatian aku macam nak cepat nangis. Serius ok! Nak nangis. :P

Tapi yang bestnye, makan buah memang 1 hari tu sampai 5 biji epal. Now, stok buah kat rumah aku memang banyak. dah macam dusun aku tengok! hihi. Other than that, aku cepat mual tengok nasi, tak kisah la nasi ayam ke, nasi himpit ke, nasi kosong ke...semua aku taknak! Tapi tadi aku kuatkan semangat je makan sbb dah lapar sgt... Tapi kalau makanan berasaskan sup, i.e: bihun sup. mee sup, laksa etc , semua aku nak bedal!

Minum susu pun mcm paksa rela, di tambah dengan acid folic and neurogain yang bau dia hanyir ikan... lalala! memang wa takleh tahan beb! yang bongoknye aku ni... bila dah pegang pil neurogain tu boleh la pulak aku pi ciu tangan aku yang bekas pegang tu tadi. memang la terus terbayang toilet bowl syg oiii! bongok ape ntah! adoiii!

Pastu lak, aku ni every an hour mesti rasa lapar yang teramat sangat sampai mengigil2 nak makan.. Lambat 5 minit je aku mesti rasa longlai. Tapi bila makanan ade depan mata takde la makan sangat pun. Tiap2 hari ade la aku bawak balik sisa makanan berbungkus yang tak habis di makan...hahaha! satu pembaziran! Aku salahkan bapak budak sebab besar sangat! kah3! Anak pun nak ikut jejak bapak, kaki melantak... :P

and.. yang paling penting untuk malam2 hariku, aku make sure tido aku pakai socks untuk hilangkan rasa sejuk di malam hari. Almaklumlah, tido pun beraircond. Pastu lak bapak budak tak reti bahasa, pasang kipas sekali maximum 5! haaaa... pepagi bangun jenuh sakit dada la... Pastu dia salahkan aku malas nak bangun tutup kipas! Adoi!! kang bangun tengah2 malam tersepak kaki dia yang besar tu sape yg susah?? Ok dah2 la tu Nab... Dah lari tajuk... hihihi!

Saturday, February 19, 2011

Tutorial Pemakaian Selendang

I did notice sometimes ade orang yang still pakai tudung 4 segi or tudung ekin (instant hijab). Aku hormat dorg maybe suka tudung2 macam tu. Tapi aku nak sangat share cara2 untuk pemakaian selendang ni. Mane tau, kot2 someday ade yg teringin nak pakai selendang/pashmina ke mana2 majlois kenduri or event boleh la pakai. Takde la time tu baru nak terkial2 mencari cara2 nak pakai selendang kan?


Cara Pertama:



[turutan gambar: kiri ke kanan]

1. Letakkan selendang pada kepala dan pinkan. Pastikan salah satu bahagian lebih pendek.

2. kemudian, ambil bahagian yang lebih panjang dan lilitkan pada kepala.

3. Ambil lebihan hujung bahagian selendang yang dililit tadi dan pinkan/selitkan.

4. Ambil hujung bahagian selendang yang lebih pendek dan pinkan dengan keronsang.




Cara Kedua:
(Seperti memakai tudung empat segi)


[turutan gambar: kiri ke kanan]

1. Mula-mula, lipat hujung selendang menjadi segi tiga - mengikut saiz yang anda inginkan.

2. Letak pada kepala seperti memakai tudung empat segi biasa dan pinkan.

3. Kemudian tarik bahagian selendang yang panjang i.e kanan model, spt di dalam gambar... dan lilitkan pada kepala.

4. Lilit sehingga habis, dan selitkan/pinkan hujung selendang tersebut. Kemudian, pinkan baki selendang bahagian kiri [mengikut model di atas] dengan keronsang mengikut keselesaan anda.





So, itu saja untuk tutorial kali. Banyak lagi cara sebenarnya. Later2 update lg ok!

Selamat Mencuba... ;)

Thursday, February 17, 2011

My New Obsession!

I cant contained myself when surfing and browsing for baby's stuffs... Adoi, sayang Ibu lambat lagi nak keluar..hehehe... Tak sabar nak start beli brang2 untuk baby...Here's what I've found ;)

Quinny Zapp & Maxi Cosi Cabriofix.








Quinny Buzz 3 Pushchair Rebel Red 2011
P/S: Hubby loves this! ;)

So, that's all for now... Later2 share lg barang best2 ok!

Tuesday, February 15, 2011

Allah has answered my prayers :)

Alhamdulillah, Allah has answered my prayers. After 1 year and 4 months of waiting, I am pregnant. ;)

I am so happy right now. And I pray for a good health and prosperous life and also a soleh/solehah baby.

As of now, Hubby is the happiest man on earth! hehe. Syukur Alhamdulillah...

Sunday, February 13, 2011

Madness Monday

Semua orang dikurniakan rezeki masing2 kan? So, bersyukurlah dengan ape yang kita perolehi. Yang pakai tudung tak semestinya PERFECT segalanya. Yang tak pakai tudung tak semestinya jahat dan IMPERFECT.

Banyak aku dengar dan sepanjang melayari alam rumah tangga ni sebenarnya banyak dugaan yang aku tempuhi. Baik di hina takde 'hasil' dan juga sometimes tetibe satu hari, kereta eksiden, rosak, cermin kena pecah... Bos marah... macam2 lagi la.

Hari ni kebetulan aku terbaca 1 blog while blog hopping. Although she/they is/are just blog's friens/s tapi aku cukup terasa dengan apa yang dorg lalui la. While reading, aku daat blog hopping beberapa org yang lain yg turut sama 'angin' dengan apa yang berlaku. And this blog's entry is one of my favourite.


Petikan dari MEROYAN MONDAY oleh CikPuanMuda (CPM)



"... Yang paling menyedihkan, untuk seorang yang so suci seperti dia, dia telah mempersendakan apa yang Allah tentukan.


Now, korang bagitau aku... Sape dia untuk jatuh hukum?? Kalau si polan dan polan ni jahat tahap setan sekalipun dia tak berhak cakap macam tu. Aku nak tanya... Hidup ko perfect sangat ke sampai ko ada hak cakap macam tu? Ok.. Kalau ye pun perfect (di mata ko) aku nak tanya lagi.. Ko rasa Allah boleh tak tarik benda-benda tu semua kalau Dia nak tarik? Ko juga umat Dia kan? Jadi Dia ada hak. Betul??


Orang gugur atau orang takde anak semua tu dah tertulis. Nasib ko mungkin baik sebab ko dah ada sepasang anak lelaki dan perempuan. Tapi tu tak bermaksud ko boleh kata orang takde anak or orang gugur takde anak pompuan sebab dosa dia banyak menimbun. Allah bagi ujian pada seseorang kerana Dia tau orang tersebut dapat/mampu handle ujian yang di beri dengan baik. Cuba kalau sedara or kakak or adik ko takde anak or keguguran dan orang cakap diorang ni perangai cam setan, dosa menimbun tak sedar diri, ko hangin tak???!



Aku bukan back-up diorang ni sebab diorang kawan aku. No. Diorang pun aku tak pernah jumpa. Aku bercakap sebagai seorang perempuan.. Seorang wanita yang juga ada perasaan. Aku tak dapat nak bayangkan kalau aku takde anak or baru keguguran. Aku ada ramai kawan rapat yang dah berkahwin tapi sehingga ke hari ni tak dikurniakan anak.. Tiap kali jumpa, diorang akan cerita kisah sunyi, hidup tak bereti semua.. Sumpah kesian. Siapa yang mintak jadi macam tu? Takde siapa... Semua nak hidup lengkap sempurna. Tapi tu semua takdir. Allah belum nak bagi.. Aku respect diorang sebab diorang tabah dan masih happy dengan suami masing-masing. Sebab apa? Sebab Allah tu Maha Adil.. Masih selitkan kegembiraan dari cara lain. Dia tak bagi anak, dia kurniakan kebahagian dari arah yang lain.


Aku tak paham kenapa ko nak attack part yang tu. Oh.. Aku lupa. Ko dah ada anak laki dan pompuan sepasang. Oh.. Ko juga ada hubby yang sokong ko doplohpatjam. Orang lain tak sempurna. Ko je la yang sempurna dan hidup diberkati kan? Ingat babe, mempersoalkan ketentuan Allah juga berdosa :)


Allah belum bagi ko 'ujian' bukan sebab ko sentiasa diberkati. Sebab belum sampai masanya. Setiap manusia akan melaluinya. Cara je berbeza. Aku, esok lusa atau mungkin petang ni je dah 'sejuk' dengan apa yang ko buat. Tapi untuk mereka yang ko kata tu aku tak pasti akan sejuk atau tak. Ko dah tersilap cakap babe. Muhasabah la macam yang ko selalu cakap tu. Jangan 'degree'kan orang kalau diri sendiri pun belum ada degree.. Master dan PHD apatah lagi..



Sekian untuk renungan kita bersama.


Syahirah's Wedding, The Gardens, Hugo Boss & Lewre ;)

I'm not well. Suffered from fever and blocked nose. But one thing for sure, we enjoy our week ends! Attended Syahirah's Reception (Hubby's cousin) ~ Went to The Gardens ~ Bought hubby's belt and t-shirt @ Hugo Boss ~ Bought my sexy mexy shoes @ Lewre. Thank God!



@ Nilai Convention Hall.



@ Hugo Boss, The Gardens

My Lewre ;)

Julio Iglesias - To all the girls I loved before [feat. Willie Nelson]

Saturday, February 12, 2011

The Stitch Project

Sebenarnya ni bukan pertama kali aku buat stitch project. Masuk kali ni, dah kali ke 3 aku buat stitch project ni sendiri. 100% all by myself ok! takde minta2 tolong mesin jahit or orang lain... hihi.

So, just nak cuci mata korg... and kongsi pengalaman dan kreativiti. Kali ni melibatkan Maxi labuh (ala2 Jubah) warna shocking Pink. Mane nak dapat? aku beli jubah ni from www.ratushoppers.blogspot.com @ RM60 (add RM7 for postage). Meamng cantik... It's plain and sangat puas hati dgn labuh/panjang Maxi ni.

Maxi ni pada mulanya terpaksa di alter sebab agak labuh untuk ketinggian org mcm aku ni. so, aku lipat dalam 2 inci dan 100% jahit tangan.

Jom kita tengok rupa asal Maxi ni sebelum di jahit dan di buat make over ok!


Ok. Dah puas tengok kan? hehe... So, ade beberapa bahagian yang dibuat make-over. Among them, kat lengan baju, dan jugak kat bahagian dada. Simple je untuk orang yang amatur macam aku. Tapi Alhamdulillah, so far semua menjadi...

Jom kita tengok Maxi di atas setelah siap di make-over.. hihihi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Apa macam amoi? Manyak cantik ka? hahaha...

Sorry yek. Gambar tak terang sangat. Esok nak gi kenduri pakai Maxi ni. Will try to update you guys later ok! Maybe bile dah btol2 pakai baru nampak cantik! hehe..

Oh ya, one more thing, this maxi also comes together with shawl ok! and it's pink too... and also aku dah siap buatkan beading2 yang sedondon... and aku ade buka order/upah untuk jahit beading pd shawl ni @ RM10 only including the diamante! ;) ok kan? tpai kalau yang extreme punya pattern or design tu kena la extra charges ok! Til then, to be continued....

Langkawi Getaway!

Langkawi... Helang Kawi... Batu Kawi - batu berwarna seakan kemerahan... hihi... Tula nama asal Langkawi... wahhh! (ni petikan dari Abg bot ok!)

Seronok memang seronak la beb... tak payah nak bayangkan lg dah! cuma tula.. ad hoc la lg lain kali... kan satu ape pn takleh nak buat...!! Hubby la ni.... Lain yg di plan, lain yang dia redah!

Plan asal (instead of pi Penang bila tiket ke Langkawi habis) ialah nak gi Singapore sesambil singgah Sentosa Island, Orchard Road and Universal Studios dgn Mama, Abah and famili Kak Long... Tapi disebabkan anak2 kak long masih kecil. So, dibatalkan la hasrat tu... (ambil kria dr sudut tiket nk masuk ke USS tu pn dah mahal kan..muahahaha!) so, kalau nak gi kena ada extra budget. At least nak jgk merasa stay kt Hotel di Singapore tu kan... Nak2 lg di tengah2 kesibukan Orchard Road tu..perghh! Alang2 nak gi oversea biar all out!

Ok, cukup bebel. sambung balik psl Langkawi ni. kitorg gi ni mmg org kata last2 minit py plan la.. Hubby masa kitorg otw dr KL nk ke Kedah tetibe je dia suruh aku call Abah utk booking bilik hotel. Gile ape? Raya Cina kot.. Mana nak ade hotel time2 camni.

dan seperti yang aku sangkakan mmg hotel semua fully booked. so, kami berlima, Mama, Hubby, Aku, Anas dan Fatin (Gf Anas) pegi la naik bot dr Kuala Kedah. Sampai je terus cari kereta sewa. Tanya abang ni, dia cakap kete sewa dah habis. yang tinggal van aje... terpaksa la kitrog upah pakcik ni bwk2 kitorg meronda pulau. Tak banyak tempat boleh gi pun since smpi kul 11.30pg and our tiket at 6.30 pm utk blk Kuala Kedah. We all semua last2 pilih utk Island Hopping, Cable Car, and Shopping je.. Kali ni pegi Langkawi pun sbb Hubby dah lama tak datang Langkawi kan... the last time dia datang pun masa we all engaged 2 yrs ago and masa tu tgh sengkek bwk duit ngam2 je... hehehe.

Islang hopping je amik masa almost 4 hours ok! tapi memang puas hati bayar RM250 per boat (u will occupy the whole boat ok with that price!). tengok burung helang, tnegok gua kelawar, gua buaya (hahahaha...ade kisah dibalik gua buaya ni...) round2 kat Laut Andaman (laut lepas) etc.. All in all.. mmg best la Island Hopping ni.

After Island Hopping terus gi Cable Car, ingtkan dapat la nak naik... Sampai2 je... mak aiii! ramai gile org ok! dah cuaca panasa gileeeee.... tak sanggup mak! last2 terus cancel naik cable car... Terus minta pakcik tu bawak gi pekan Kuah untuk shopping....

Kat Pekan Kuah tak banyak sangat nak diceritakan... Tapi memang banyak la kitorg beli.. Almost 1K di habiskan untuk beli Chocs and pinggan mangkuk. :) Tak nak sambung citer lg sbb takde mood. Kita cuci mata jela ek!




See! Cantik kan gambar ni? Dah cakap... Uollls still taknak caye?
Tak payah pakai kamera canggih manggih...
cukup sekadar ade kreativiti yg terpendam...



wa taktau la mamat ni..ape dia tgh bt pun tak fhm la!



wahh! ni act je lebey!



Mama! :-*



Hahahahahaa! Nak pecah perut tiap kali tgk gambar ni.
Tak faham aku!



Penyeri semua gambar..ewah! :P



Believe it or not... Kamera penuh dgn gmbr dorg ni je!



Excited nak Island Hopping. :P


This is me... I am happy being me... ;)

Tulislah...Cakaplah apa yang korg nak kata. This is me. Like i used to clarify in my FB... Its just for sharing and not bragging about what I have cause I know, each and everyone of us have our own interests, our own capability and our own ability.

I am capable of buying things instead of going for vacations, trips or overseas. I am capable of having something and losing money instead of losing energy, time and money...

I do not want to go oversea just for the sake of taking pictures here and there, without entering Universal Studios, Madame Tussauds, etc.

Some people like to waste/spent their money for vacations, trips but I like to waste/spent MY MONEY for the sake of my passion, i.e acquiring a designer bags, shoes, gadgets.

So, thats it... I think it's all bout you, need to respect other people's interests cause their interests would never be the same like yours... ;)


Braun Buffel Wallet ~ a gift from Hubby. Thanks dear!


Coach Poppy Legacy Stripe Small Wristlet ~ from my own pocket money. ;)
(RM250 ~ cepat beli! hot stuff!)


Ralat: anything bout D90, vacations, it was only an example. yeah, sape tak tahu kan... the D90 is the in thing rite now... Vacations memang dari dulu semua org bercita2 nak pegi...

Monday, February 7, 2011

Casio Classic Digital Timer Watch

Kenapa tetibe tajuk entry ni pasal Casio? Ko kan suke branded stuff yang harga more than 5rat? (wah3...sedap je korg... aku still pakai brand apepun selagi mempunyai 'gaya, mutu, keunggulan..' hahahaaha!)

Ok sebenarnya nak cerita pasal demam sekarang ni in which ramai anak muda (well, aku termasuk lg.. :P) yang menggilan pakai jam tangan kaler gold. and believe it or not, i am one of them! ;)

Kenapa minat kaler gold? sebab vintage... Nampak sgt2 retro bile org pakai... and sangat sesuai utk ke mana2 je...

Dah lama mencari jam yang kaler gold. Punya la payah sgt nak berkenan di hati. yang ade pun byk tali kulit (taksuka sbb cepat lusuh. aku jenis pakai jam waktu tido!) sampai dah give up. tapi tu la, rezeki ade di mana2 kan.. Kebetulan masa gi Langkawi aritu, sementara nak tunggu bot sampai aku melegar2 dgn hubby kt jeti Kuah. Kebetulan hubby cari kedai jam untuk adjust tali Tissot dia tu... So, ternampak la this SA pakai jam kaler gold ni. Aku ni lak mmg mata terus jadi tajam kalau bab2 aksesori ni. Nampak je terus ringan mulut tanya dia berapa harga dan mana dia dapat?

Bila dia cakap je harga around RM138-RM158, terus la aku nak sambar! haha...gelojoh mmg tak fikir panjang dah ni.. Alhamdulillah, rezeki aku ade lagi 1 set 100% gold.. Jam exactly seperti di bawah ni ye...


Casio Classic Digital Timer Watch

£ 40.00 Casio's classic retro watch is now available in gold, features include 1/100 Sec Stopwatch, Daily Alarm, Auto Calendar and Water Resistant. Seen here in gold.

Technical Specification


Water Resistant

1/100 Sec Stopwatch

Electro-luminescent backlight

Auto-calendar

12/24 hour format

Daily alarm



Ok, trend pakai jam gold casio ni dimulakan oleh artis muda Malaysia la. Sape lagi kalau bukan Yuna dan Lisa Surihani. ;) Tapi actually, terpaut dengan jam Casio ni bile tengok si Lisa yang putih tu pakai jam ni la.. Yuna tu gue tak berapa kenan sangat. Tapi suara dia sedap ok! hehe...

So kawan2, enjoy la tengok dorg pakai jam Casio gold ni. Mane tau kot2 terpaut lak kan lepas baca entry ni... and by the way, aku dapat diskaun 20% masa beli Casio ni. aku just bayar RM126.00 Ok sangat2 kan?






Friday, February 4, 2011

Erin & Elia :1st Combined Giveaway (FCG) hingga 4 Feb 2011

Sticky Post:

Erin & Elia :1st Combined Giveaway (FCG) hingga 4 Feb 2011

Thursday, February 3, 2011

Penang Getaway!

Hi all,

Pergi mana cuti Raya Cina ni? As of me, balik kampung macam biasa la. Cuma kali ni, Hubby ajak gi jalan2. Well, lebih kurang last minit punya plan la. Masa on the way balik Kedah baru dok berbincang dalam kete nak pegi mane kali. So, we came out with the plans utk bercuti di Pulau Langkawi.

So, malam tadi sampai dalam pukul 1 pagi kat Alor Setar. Kemas barang, tido then pukul 6.00 pagi kitorg dah kena bangun (konon nak gi jeti Kuala Kedah awal pagi la..). Dalam lebih kurang pukul 8.00 pagi macam tu, ingatkan dah Chinese semua sibuk Raya hari ni, so takde la orang sangat nak gi Langkawi kan? OMG! we were wronged! There was a long Q ok! sampai ke jalan luar bangunan jeti tu Q dia...

Masa sampai kat jeti tu memang hati dah tak sedap. Sebab ade budak parkir ni bgtau, org sebelum kitorg datang pun dapat tiket pukul 2.30 ptg... so, can u imagine if kitorg teruskan dengan plan kitorg ni pukul berapa lak dapat naik boat laju tu?? Oh, please note that trip kali ni aku dan Hubby bawak Mama, Abah dan Anas sekali pergi bercuti.

Last2 aku masuk dalam kete balik, and spontaneouly keluar dari mulut aku... "Jom gi Penang!" Wahh...Nabilah, giler berani mati ko ajak family semua gi Penang. Tak hingat hari ni Raya Cina.. hehehe! Tak kisah la.. I believe Chinese nowadays pun dah tak ramai yang nak balik dok kampung halaman. Some of them prefer gi cuti kat mane2. So, kitorg berlima pun pegi la Penang. Alhamdulillah, jalan memang lengang. takde jem langsung ok!

Ingatkan dah sampai Penang tu banyak la tempat nak gi tengok. sekali, Bukit Bendera punya cable car masih belum beroperasi. last2 we end up gi Botanical Garden, and Batu Feringghi. hahaa~ (ade aku kisah?) Jalan2, dah tak tahu nak buat ape, kitorg terus came out with the idea untuk gi shopping kat Gurney Plaza. Ingatkan Penang yg dah maju sepantas KL ni maintain mcm KL la even on cuti Raya Cina. Rupanya tidak jugak~ Masuk je Gurney Plaza tu, banyak gile kedai tutup okeh! Butik2 yang grand semua pun tutup! Biar betik! teruk betul... Bongok ape ntah. Time2 cuti ni la ko nak buat untung pun. Ni bila org dtg, ko lg nak tutup kedai... Sigh!

Kitorg pun tabahkan hati je la jalan2 dalam Mall tu... and 30 mins later, off we go to Padang Kota Lama untuk makan Pasembor Penang!. yummeh! Selain dari tu, takde ape yang menarik lagi la... Lepas makan je terus kitorg bertolak balik ke Kedah. :)

But............. masa sampai Alor Setar, tetibe tergerak hati nak ajak Abah gi Jeti Kuala Kedah sekali lg. So, kitorg pun pegi la lg.. mencuba nasib lg sekali. mane la tau kot2 tiket utk pagi esok ade lg kan.. Sekali tengok, wallah! memang ade lg! kitorg pun rembat la... hahaha! cuma esok Abah will not join us. Abah letih kata dia.. So, esok kami pergi berempat je. hihi. Syoknya!
Enjoy la ek gambar2 aku n family sepanjang di Penang.. :)



Hubby and Me

Yes, muka aku pucat kali ni. taktau nape.

Beloved Mama & Abah :-*


Aksi perasan jd photographer! ini candid ok!


La Familia without Kak Long & family, plus hubbyku...






Mereka mmg kamceng!


style tak gambar ni? tak perlu ber'D90' hehe...




Speedy Gonzales harus tumpang glamour!








Muka perasan DIVA!
(ske hati aku la... hidung kembang ke, pendek sekentoi ke, katik ke... ade aku kesah?
at least aku tak pakai baju mcm bibik! hehe...)
OK rasanya, tu je kot gambar yang menarik.
Later2 sambung lak dengan koleksi gambar kat Langkawi!
tak sabar nak ber'vacay' bersama Mama, Anas, Hubby & Fatin!
Langkawiiiiii here I come!!!! :P